Views

Realiti

Pada tahun ini, sekali lagi pelajar tahun akhir Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mempamerkan hasil rekaan masing-masing bersempena Pertunjukkan Fesyen Ijazah 2010. Majlis yang telah diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ini bertemakan Elemen. Pelajar diberi kebebasan dalam melahirkan hasil rekaan mereka yang memfokuskan pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear bagi memenuhi tema Eleman. Namun begitu, pekara yang paling penting dalam penghasilan fesyen ini adalah hasil rekaan pelajar mampu menembusi pasaran dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Usaha ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen beribawa negara pada masa hadapan. [Utusan Malaysia Online 02/06/2010]

Beginilah senario sistem pendidikan di Malaysia yang bermazhabkan ideologi Sekular-Kapitalisme. Inilah perjuangan sebahagian belia-belia harapan negara yang berdalilkan 1Malaysia. Ini hanyalah satu daripada beribu kekeliruan sistem pendidikan di Malaysia. Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam falfasah pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI)? Nauzubillahiminzalik...

Sistem Pendidikan yang Menyimpang

Apakah yang terbayang di fikiran kita apabila bercakap tentang isu pertunjukkan fesyen di Malaysia? Pastinya kita tidak dapat lari daripada memikirkan model-model yang mempunyai susuk tubuh ramping bercatwalk dengan fesyen yang dianggap up-to-date. Adakah Majlis seperti ini dibenarkan oleh Islam? Firman Allah Subhana Wa Taala: “Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebathilan, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya” [TMQ al-Baqarah (1):42. ]. Bagaimana pula rupa fesyen pakaian yang tersarung di tubuh para model ini? Tepuk dada tanya selera, kita semua sedia maklum. Walhal, Islam telah mengajarkan bagaimana seorang Islam harus berpakaian dan kita tidak boleh membuat pilihan selain mengikut garis panduan Islam dalam segala aspek. Namun, lihatlah apa yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu-ilmu bermanfaat menjadi sebaliknya. Institusi yang sepatutnya berperanan membentuk akhlak seseorang menjadi institusi keruntuhan akhlak. Nah, demi segulung ijazah, halal haram bukan persoalan!

Kita juga pasti tidak lupa dengan Nur Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004. Usaha keras Amalina akhirnya berbuahkan hasil apabila beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, United Kingdom (UK) dalam jurusan Farmakologi dengan Pengalaman Industry (Pharmocology with Industrial Experience). Setelah kejayaan Amalina, kita melihat kejayaan demi kejayaan ditempa oleh seorang demi seorang pelajar dalam SPM, malah, keputusan SPM dari tahun ke tahun semakin meningkat dan membanggakan. Namun, adakah 17 A seperti yang diperoleh Amalina itu menjadi kayu ukur kejayaan seseorang pelajar?

Dalam negara berbangga dan mendabik dada atas kejayaan para pelajarnya dalam bidang akademik, namun, masih adakah di barisan kepimpinan negara yang masih prihatin akan sistem pendidikan negara ini yang masih gagal melahirkan pelajar yang mempunyai syakhsiyah Islam? Di Universiti, berapa ramaikah mahasiswa Islam yang memakai pakaian yang memenuhi tuntutan syarak ketika pergi ke kuliah dan ke tempat-tempat lain? Hanyalah sebilangan kecil. Berapa ramai pula mahasiswa yang berdating setiap hujung minggu? Sebilangan besarnya. Berapa ramai mahasiswa yang memenuhi dewan untuk segala macam majlis maksiat yang berada dalam universiti sendiri, tetapi berapa keratkah yang sanggup menghadiri majlis-majlis ilmu? Sungguh menyedihkan. Segala maksiat ini menjadi halal di universiti. Tiada satu undang-undang pun di universiti yang melarang segala maksiat ini, jika ada sekali pun hanya sekadar di atas kertas. Tiada satu hukuman pun yang dikenakan kepada mereka yang tidak menutup aurat dan berdating! Tiada seorang Canselor atau Naib Canselor di mana-mana Universiti pun yang pernah mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang tidak menutup aurat dan berdating! Lihat sahaja di majlis dinner yang diadakan pada hampir setiap semester di bawah sesuatu badan kokurikulum atau sekretariat, mahasiswa Islam berlumba-lumba mencari pakaian yang gah untuk tampil hebat pada malam itu. Di majliis dinner yang sememangnya lazim di Universiti di Malaysia ini akan menampilkan pelbagai fesyen yang tidak syar’ie terutamanya dalam kalangan muslimah. Naib Canselor yang hadir hanya sekadar memberi pujian dan ucapan tahniah, malangnya tidak mampu memberi teguran atau kritikan atas kemaksiatan itu. Lemahnya pemimpin kita di barisan kepimpinan Universiti. Inilah institusi pendidikan kita. Lemah dan tiada fungsinya. Universiti hanya sekadar gah pada namanya untuk melahirkan insan-insan cemerlang akademik, tetapi pincang akhlaknya.

Sebenarnya, kurikulum pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini bersandarkan konsep-konsep pemikiran kapitalisme, iaitu memisahkan agama daripada kehidupan. Lebih parah lagi, sistem bobrok ini telah menjauhkan umat Islam daripada tsaqafah Islam sehingga umat Islam ini tidak ubah seperti masayarakat Jahiliyah. Walhal, Islam telah mewajibkan umatnya mempelajari Ilmu Allah melalui dalil berikut:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim” [HR Ibnu Majah]

Pendidikan di bawah sistem Islam

Dalam sistem pendidikan, Islam mestilah dijadikan sebagai asasnya. Kurikulum, kaedah pengajaran, penentuan guru, dan budaya sekolah mestilah berasaskan aqidah Islam. Aqidah Islam mestilah menjadi miqyas (standard) untuk menilai sama ada pengetahuan yang diambil itu bertentangan dengan aqidah Islam atau tidak.

Justeru, pendidikan dalam Sistem Islam akan dapat membezakan di antara tsaqafah(pemikiran) dan ilmu-ilmu pengkajian. Dalam hal tsaqafah, umat Islam hanya boleh mengambil, meyakini, dan mengamalkan tsaqafah Islam dan sama sekali tidak boleh mengambil selain daripada Islam. Ini disebabkan oleh tsaqafah berkait rapat dengan akidah dan sistem kehidupan. Berbeza pula dengan ilmu-ilmu pengkajian dan teknologi seperti fizik, kimia, perubatan, astronomi, metematik, dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini tidak terkait dengan akidah dan ideologi tertentu. Oleh itu, kita boleh mempelajarinya dan mengambilnya daripada pelbagai sumber walaupun bukan daripada Islam.

Pelajar juga harus ditanam dengan pemikiran bahawa mereka wajib menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir. Jika suatu pemikiran itu bukan daripada Islam, maka perkara ini mesti dijauhi. Jika seorang guru gagal menjadikan Islam sebagai asas berfikir pelajar, maka guru tersebut sekadar menghasilkan seorang yang berpelajaran tetapi bukan seorang yang berfikir. Sebagai contoh, seorang guru akan dapat melahirkan pelajar yang mengetahui tarikh yang tepat bilakah British menjajah Tanah Melayu, tetapi mereka gagal melahirkan pelajar yang berfikir bahawa kedatangan British (golongan kuffar) itu adalah untuk menjajah tanah umat Islam dalam usaha menanamkan Ideologi Kufur mereka untuk diamalkan Umat Islam. Dalam subjek sejarah juga pelajar diajar bahawa Jepun telah menjajah Tanah Melayu dengan segala bentuk kekejaman, namun, penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu berakhir dengan kekalahan Jepun. Malangnya, pelajar tidak diajar berfikir bahawa walaupun British telah meninggalkan Tanah Melayu, tetapi sistem yang ditinggalkan British yang masih dipegang kukuh oleh Negara merupakan sistem kuffur yang bertentangan dengan Islam dan wajib dibuang, seterusnya mesti diganti dengan Sistem Islam. Pernahkah guru-guru di sekolah menerangkan hal ini kepada kalian semua? Begini lemahnya sistem pendidikan kita yang bukan sekadar gagal melahirkan generasi cemerlang syakhsiyah, tetapi juga gagal menghasilkan guru-guru yang hebat dalam pembentukan syakhsiyah dan proses berfikir pelajar.

Khatimah

Kekeliruan sistem pendidikan hari ini sebenarnya jelas tampak di mata kita semua. Sistem pendidikan hari ini memberi keutamaan kepada bidang sains, matematik dan bidang-bidang teknikal lainnya. Guru sibuk menyiapkan pelajar untuk peperiksaan dan sesekali dimasukkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Hanya sekadar nilai murni yang sama sekali tidak menggugah hati pelajar. Ibu bapa dan masyarakat yang lain juga pda hari ini meletakkan subjek sains dan matematik sebagai kayu ukur kepandaian dan kejayaan anak-anak mereka hari ini. Lebih menyedihkan lagi, sistem pendidikan di universiti pada hari ini juga menganaktirikan subjek berkaitan agama Islam seperti bahasa Arab, al-Quran dan Hadis. Pelajar dibenarkan untuk membuat pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak. Nah, pastinya hanya bakal ustaz dan ustazah sahaja yang akan mengambil subjek ini. Adakah seorang businessman tidak perlu belajar agama? Adakah seorang jurutera tidak perlu memahami al-quran? Adakah seorang petani moden tidak perlu mendalami ilmu hadis? Benarkah Islam memberi pilihan kepada kita semua untuk tidak mendalami agama?

Wahai para guru sekalian, apakah harapan kalian terhadap anak didik kalian? Untuk menjadi orang berjaya seperti doktor, pensyarah, arkitek dan akauntan? Nah, tidak hairanlah apabila lahirnya doktor yang merawat pesakit tetapi tidak sedar kesakitan dan keparahan masalah umat Islam hari ini. Tidak peliklah jika pensyarah subjek Kenegaraan dan Pengajian Malaysia berusaha cuba menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain di dalam kuliahnya. Malah, bukan perkara yang asing juga apabila seorang arkitek terlibat dengan rasuah dan akauntan memakan hasil riba’. Inilah hasil sistem pendidikan sekular-kapitalisme.

Pelajar-pelajar dan guru bukanlah pihak yang bersalah sepenuhnya dalam hal ini kerana mereka dicorakkan oleh sistem. Jika mereka dididik dengan sistem yang baik, iaitu yang datang dari Rabb mereka, InsyaAllah mereka akan menjadi pelajar dan guru yang cemerlang menurut kaca mata Islam. Jika mereka bermasalah sekalipun, maka sistem Allah jualah yang akan membetulkan dan meluruskan mereka (uqubat).

Di mana kalian wahai pemerintah Islam, kerana di bahu kalianlah terletak tanggungjawab untuk mengubah sistem busuk ini!

Wallahu’alam.


0 comments:

Post a Comment

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign