Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Al-Khaliq, mengatur hubungan manusia dengan manusia lain dan mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri. Jadi setiap perkara dalam kehidupan kita ini, Islam ada aturannya tersendiri termasuklah dalam urusan perbincangan kita kali ini.

Firman Allah dalam surah Al-Imran: 19

"Sesungguhnya agama yang diredhai Allah hanyalah Islam..."

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan (khitbah).

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata,"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu yang mengetahui keperibadian Rasulullah melalui hambanya, Maisarah. Kemudian hasrat hatinya disuarakan kepada bapa saudaranya hinggalah sampai kepada baginda, Nabi Muhammad SAW.

Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Lagian amalan ini adalah amalan yang terpuji dan tidak langgar dek syara', jadi tidak timbul permasalahan disini. Sila klik disini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai wanita melamar lelaki.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,

"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan. Buatnya berjiran pulak dalam kubur nanti, dah tak aman jiran sebelah. Sebab itulah kita kena saling nasihat menasihati. Ad-deenunasihati.. Agama itu adalah nasihat, dengan lakukan amar makruf, nahi mungkar.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :

"Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa" (7)

"Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (8)

"Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina." (9)

"Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar." (10)

"Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (11)

Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita serta keseluruh pelusuk dunia dengan menyebarkan syiar Islam. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T. Dan ingatlah ikatan yang sah dan halal antara perempuan dan lelaki ajnabi adalah hanya dengan ikatan TALI PERNIKAHAN. Jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian. Moga membentuk sebuah keluarga yang bergelar baitul muslim menjadi impian setiap insan untuk melahirkan mujahid serta mujahidah Islam dimuka bumi ini.

Wallahua'lam.


P/s: Idea asal artikel ini bukan dari saya cuma ditokok tambah serba sedikit dari saya yang sumbernya boleh dipercayai kebenarannya, insyaAllah..

Baca seterusnya..

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni saya nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana saya merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.

(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan serta ikhtilat. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai sahabat-sahabatku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :

"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."

Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."

Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah macam ni :

couple = menghampiri zina

menghampiri zina = haram

maka, couple = haram (very simple equation)

Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada "kawan"nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang sahabat mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya? Disinilah pentingnya ilmu agama, untuk dipelajari serta difahami.

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung pada episod yang akan datang, insyaAllah..

Baca seterusnya..

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih...

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian saya, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar

Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang saya terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.

Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling kita pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang dimaksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Saya anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah. Nantikan kesinambungannya, insyaAllah..

Nota kaki: Bercouple yang dimaksudkan disini ialah sebelum ikatan yang sah disisi syara'


Baca seterusnya..

sahabat Pictures, Images and Photos

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.

"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."

Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :

"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."

Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)

Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika...






FOR YOU
Baca seterusnya..


OPEN YOUR EYES

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day..
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day..
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day..
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day..
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..





(0_0)
Baca seterusnya..

Assalamualaikum...

Lama dah tak mengupdate blog ni. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan waktu dan sebagainya dalam penulisan kali ni. Pulang dari rumah saudara tadi, lalu depan sekolah lama.. Huhu..Rindu pulak zaman sekolah dolu-dolu.. Ramai budak berpakaian uniform sekolah. Ada ape ye hari ni???? hurm... Ops.. Hari ni result PMR keluar da. Hehe.. Ramai ja budak-budak ni keluar dari pintu pagar sekolah, tersengih-sengih.. Ada yang bergayut dengan telefon.. Result gempaq lah tu kot.. Alhamdulillah.. Teringat pula detik2 bersejarah aku dulu. Dapat jek result terus jek balik. Tak sabo2 nak bagitau umi dan abah. Sebab result ok lah x sabo nak bagitaw. Cuba kalau result tak berapa nak baik, hehe.. faham2 jeklah.. Tapi.. Tu semua rezeki masing-masing. Kalau yang tak setel lagi masalah rezeki Allah ni, mesti down tahap negative value lah. Tapi ade ke sampai macam ni??Click Me~Sampaikan ada satu kes ni, tak ingat bila kes ni, budak ni sanggup bunuh diri sebab result x ok.. Jadi, dua-dua dia gagal. Ujian untuk dunia dia gagal, ujian kat akhirat pun gagal. Bila dah bunuh diri, hancus lah.. Tempat dia kat neraka lah jawabnya. Sebab apa?? Sebab dia kufur. Tapi, kalau budak tu tak bunuh diri pun, dia kufur gak sebab dia orang kafir yang belum dapat hidayah Allah. Ada pulak yang bila result tak berapa nak baik ni, dia punya nangis.. Click Me~ Adoyai.. 3 hari 3 malam pun tak abes.. Ada juga yang frust, dan terus putus asa. Tapi, sedarkah kita?? tu semua adalah ujian Allah untuk menguji tahap keimanan seseorang.Bagi yang dapat result baik pun merupakan ujian baginya. Adakah dia akan terus istiqamah dalam usaha nya, atau menjadi sombong, riak dan takbur. Naudzubillah.. Moga dijauhkan daripada kita semua sifat-sifat tersebut. Bagi yang result kurang memuaskan, juga merupakan ujian baginya. Sifat putus asa merupakan sifat orang-orang kafir. Nak ke kita mewarisi sifat-sifat orang kafir???? Rugilah mereka dunia dan akhirat yang menuju ke arah itu. ok.. Saya nak kongsi sedikit tips-tips untuk mengelakkan rasa frust yang melampau bila dapat result.

Tips-tipsnya dengan berkatalah begini:
1) "Alhamdulillah.."
2) "Allah dah tentukan rezeki aku kali ni macam ni.."
3) "Ni baru final exam kat sekolah, final exam untuk akhirat lagi penting!!!"
4) "Bila aku redha dengan keputusan ni, Allah redha dengan aku..."

Yang paling penting, dapat result jek, senyum... Click Me~
Agak-agak nak gelak macam niClick Me~ pun boleh. Tapi agak tak sopan disitu..

InsyaAllah, dengan tips-tips yang sedikit ni dapat mengurangkan tahap frust tu. Bersederhanalah dalam sesuatu perbuatan tu termasuklah dalam kita bergembira, bersedih, frust dan sebagainya. Tips yang no.3 tu yang best. Bila kita dah tanamkan dalam diri yang kita nak lulus cemerlang dalam final exam untuk akhirat, insyaAllah, segala perilaku kita Lillahita'ala.. Bila segala perilaku Lillahita'ala, segala yang berlaku dalam hidup ni, kita akan sentiasa bersyukur sebab itu yang Allah kehendaki dan Allah kurniakan dalam diri kita..

Tapi, tawkah anda sebuah hakikat sebenar menuntut ilmu ni? Adakah hanya sebagai exam oriented? Keluar dewan exam terus lupa segalanya.. Hurm.. Jom klik2 kat sini nak taw lebih lanjut pasal konsep sebenar menuntut ilmu dalam sistem islam yang cantik lagi indah berbanding dengan sistem sekuler yang ada sekarang.

Dalam kesempatan ni juga nak wish congrate pada adik sepupuku yang dapat 8A dan juga pada adik2 yang lain yang dapat result PMR hari ni. Tahniah buat anda semua tak kira lah macam mana bentuk result tu sekalipun, tetap result korang semua juge.. (^-^) Accept what have u done....

Terima kasih kerana sudi membaca bebelan saya ye..

Wallahua'lam...

Baca seterusnya..

Realiti

Pada tahun ini, sekali lagi pelajar tahun akhir Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mempamerkan hasil rekaan masing-masing bersempena Pertunjukkan Fesyen Ijazah 2010. Majlis yang telah diadakan di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur ini bertemakan Elemen. Pelajar diberi kebebasan dalam melahirkan hasil rekaan mereka yang memfokuskan pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear bagi memenuhi tema Eleman. Namun begitu, pekara yang paling penting dalam penghasilan fesyen ini adalah hasil rekaan pelajar mampu menembusi pasaran dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Usaha ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen beribawa negara pada masa hadapan. [Utusan Malaysia Online 02/06/2010]

Beginilah senario sistem pendidikan di Malaysia yang bermazhabkan ideologi Sekular-Kapitalisme. Inilah perjuangan sebahagian belia-belia harapan negara yang berdalilkan 1Malaysia. Ini hanyalah satu daripada beribu kekeliruan sistem pendidikan di Malaysia. Mungkin inilah yang dimaksudkan dalam falfasah pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI)? Nauzubillahiminzalik...

Sistem Pendidikan yang Menyimpang

Apakah yang terbayang di fikiran kita apabila bercakap tentang isu pertunjukkan fesyen di Malaysia? Pastinya kita tidak dapat lari daripada memikirkan model-model yang mempunyai susuk tubuh ramping bercatwalk dengan fesyen yang dianggap up-to-date. Adakah Majlis seperti ini dibenarkan oleh Islam? Firman Allah Subhana Wa Taala: “Dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebathilan, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya” [TMQ al-Baqarah (1):42. ]. Bagaimana pula rupa fesyen pakaian yang tersarung di tubuh para model ini? Tepuk dada tanya selera, kita semua sedia maklum. Walhal, Islam telah mengajarkan bagaimana seorang Islam harus berpakaian dan kita tidak boleh membuat pilihan selain mengikut garis panduan Islam dalam segala aspek. Namun, lihatlah apa yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia. Institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat menimba ilmu-ilmu bermanfaat menjadi sebaliknya. Institusi yang sepatutnya berperanan membentuk akhlak seseorang menjadi institusi keruntuhan akhlak. Nah, demi segulung ijazah, halal haram bukan persoalan!

Kita juga pasti tidak lupa dengan Nur Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004. Usaha keras Amalina akhirnya berbuahkan hasil apabila beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Edinburgh, United Kingdom (UK) dalam jurusan Farmakologi dengan Pengalaman Industry (Pharmocology with Industrial Experience). Setelah kejayaan Amalina, kita melihat kejayaan demi kejayaan ditempa oleh seorang demi seorang pelajar dalam SPM, malah, keputusan SPM dari tahun ke tahun semakin meningkat dan membanggakan. Namun, adakah 17 A seperti yang diperoleh Amalina itu menjadi kayu ukur kejayaan seseorang pelajar?

Dalam negara berbangga dan mendabik dada atas kejayaan para pelajarnya dalam bidang akademik, namun, masih adakah di barisan kepimpinan negara yang masih prihatin akan sistem pendidikan negara ini yang masih gagal melahirkan pelajar yang mempunyai syakhsiyah Islam? Di Universiti, berapa ramaikah mahasiswa Islam yang memakai pakaian yang memenuhi tuntutan syarak ketika pergi ke kuliah dan ke tempat-tempat lain? Hanyalah sebilangan kecil. Berapa ramai pula mahasiswa yang berdating setiap hujung minggu? Sebilangan besarnya. Berapa ramai mahasiswa yang memenuhi dewan untuk segala macam majlis maksiat yang berada dalam universiti sendiri, tetapi berapa keratkah yang sanggup menghadiri majlis-majlis ilmu? Sungguh menyedihkan. Segala maksiat ini menjadi halal di universiti. Tiada satu undang-undang pun di universiti yang melarang segala maksiat ini, jika ada sekali pun hanya sekadar di atas kertas. Tiada satu hukuman pun yang dikenakan kepada mereka yang tidak menutup aurat dan berdating! Tiada seorang Canselor atau Naib Canselor di mana-mana Universiti pun yang pernah mengenakan tindakan kepada mahasiswa yang tidak menutup aurat dan berdating! Lihat sahaja di majlis dinner yang diadakan pada hampir setiap semester di bawah sesuatu badan kokurikulum atau sekretariat, mahasiswa Islam berlumba-lumba mencari pakaian yang gah untuk tampil hebat pada malam itu. Di majliis dinner yang sememangnya lazim di Universiti di Malaysia ini akan menampilkan pelbagai fesyen yang tidak syar’ie terutamanya dalam kalangan muslimah. Naib Canselor yang hadir hanya sekadar memberi pujian dan ucapan tahniah, malangnya tidak mampu memberi teguran atau kritikan atas kemaksiatan itu. Lemahnya pemimpin kita di barisan kepimpinan Universiti. Inilah institusi pendidikan kita. Lemah dan tiada fungsinya. Universiti hanya sekadar gah pada namanya untuk melahirkan insan-insan cemerlang akademik, tetapi pincang akhlaknya.

Sebenarnya, kurikulum pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini bersandarkan konsep-konsep pemikiran kapitalisme, iaitu memisahkan agama daripada kehidupan. Lebih parah lagi, sistem bobrok ini telah menjauhkan umat Islam daripada tsaqafah Islam sehingga umat Islam ini tidak ubah seperti masayarakat Jahiliyah. Walhal, Islam telah mewajibkan umatnya mempelajari Ilmu Allah melalui dalil berikut:

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim” [HR Ibnu Majah]

Pendidikan di bawah sistem Islam

Dalam sistem pendidikan, Islam mestilah dijadikan sebagai asasnya. Kurikulum, kaedah pengajaran, penentuan guru, dan budaya sekolah mestilah berasaskan aqidah Islam. Aqidah Islam mestilah menjadi miqyas (standard) untuk menilai sama ada pengetahuan yang diambil itu bertentangan dengan aqidah Islam atau tidak.

Justeru, pendidikan dalam Sistem Islam akan dapat membezakan di antara tsaqafah(pemikiran) dan ilmu-ilmu pengkajian. Dalam hal tsaqafah, umat Islam hanya boleh mengambil, meyakini, dan mengamalkan tsaqafah Islam dan sama sekali tidak boleh mengambil selain daripada Islam. Ini disebabkan oleh tsaqafah berkait rapat dengan akidah dan sistem kehidupan. Berbeza pula dengan ilmu-ilmu pengkajian dan teknologi seperti fizik, kimia, perubatan, astronomi, metematik, dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini tidak terkait dengan akidah dan ideologi tertentu. Oleh itu, kita boleh mempelajarinya dan mengambilnya daripada pelbagai sumber walaupun bukan daripada Islam.

Pelajar juga harus ditanam dengan pemikiran bahawa mereka wajib menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir. Jika suatu pemikiran itu bukan daripada Islam, maka perkara ini mesti dijauhi. Jika seorang guru gagal menjadikan Islam sebagai asas berfikir pelajar, maka guru tersebut sekadar menghasilkan seorang yang berpelajaran tetapi bukan seorang yang berfikir. Sebagai contoh, seorang guru akan dapat melahirkan pelajar yang mengetahui tarikh yang tepat bilakah British menjajah Tanah Melayu, tetapi mereka gagal melahirkan pelajar yang berfikir bahawa kedatangan British (golongan kuffar) itu adalah untuk menjajah tanah umat Islam dalam usaha menanamkan Ideologi Kufur mereka untuk diamalkan Umat Islam. Dalam subjek sejarah juga pelajar diajar bahawa Jepun telah menjajah Tanah Melayu dengan segala bentuk kekejaman, namun, penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu berakhir dengan kekalahan Jepun. Malangnya, pelajar tidak diajar berfikir bahawa walaupun British telah meninggalkan Tanah Melayu, tetapi sistem yang ditinggalkan British yang masih dipegang kukuh oleh Negara merupakan sistem kuffur yang bertentangan dengan Islam dan wajib dibuang, seterusnya mesti diganti dengan Sistem Islam. Pernahkah guru-guru di sekolah menerangkan hal ini kepada kalian semua? Begini lemahnya sistem pendidikan kita yang bukan sekadar gagal melahirkan generasi cemerlang syakhsiyah, tetapi juga gagal menghasilkan guru-guru yang hebat dalam pembentukan syakhsiyah dan proses berfikir pelajar.

Khatimah

Kekeliruan sistem pendidikan hari ini sebenarnya jelas tampak di mata kita semua. Sistem pendidikan hari ini memberi keutamaan kepada bidang sains, matematik dan bidang-bidang teknikal lainnya. Guru sibuk menyiapkan pelajar untuk peperiksaan dan sesekali dimasukkan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Hanya sekadar nilai murni yang sama sekali tidak menggugah hati pelajar. Ibu bapa dan masyarakat yang lain juga pda hari ini meletakkan subjek sains dan matematik sebagai kayu ukur kepandaian dan kejayaan anak-anak mereka hari ini. Lebih menyedihkan lagi, sistem pendidikan di universiti pada hari ini juga menganaktirikan subjek berkaitan agama Islam seperti bahasa Arab, al-Quran dan Hadis. Pelajar dibenarkan untuk membuat pilihan sama ada untuk mengambilnya atau tidak. Nah, pastinya hanya bakal ustaz dan ustazah sahaja yang akan mengambil subjek ini. Adakah seorang businessman tidak perlu belajar agama? Adakah seorang jurutera tidak perlu memahami al-quran? Adakah seorang petani moden tidak perlu mendalami ilmu hadis? Benarkah Islam memberi pilihan kepada kita semua untuk tidak mendalami agama?

Wahai para guru sekalian, apakah harapan kalian terhadap anak didik kalian? Untuk menjadi orang berjaya seperti doktor, pensyarah, arkitek dan akauntan? Nah, tidak hairanlah apabila lahirnya doktor yang merawat pesakit tetapi tidak sedar kesakitan dan keparahan masalah umat Islam hari ini. Tidak peliklah jika pensyarah subjek Kenegaraan dan Pengajian Malaysia berusaha cuba menyamatarafkan Islam dengan agama-agama lain di dalam kuliahnya. Malah, bukan perkara yang asing juga apabila seorang arkitek terlibat dengan rasuah dan akauntan memakan hasil riba’. Inilah hasil sistem pendidikan sekular-kapitalisme.

Pelajar-pelajar dan guru bukanlah pihak yang bersalah sepenuhnya dalam hal ini kerana mereka dicorakkan oleh sistem. Jika mereka dididik dengan sistem yang baik, iaitu yang datang dari Rabb mereka, InsyaAllah mereka akan menjadi pelajar dan guru yang cemerlang menurut kaca mata Islam. Jika mereka bermasalah sekalipun, maka sistem Allah jualah yang akan membetulkan dan meluruskan mereka (uqubat).

Di mana kalian wahai pemerintah Islam, kerana di bahu kalianlah terletak tanggungjawab untuk mengubah sistem busuk ini!

Wallahu’alam.


Baca seterusnya..

Assalamualaikum...

Mengapa Harus Khilafah????

3 Mac 1924, Khilafah Islamiyah dibubarkan oleh si laknatullah Kamal Attartuk, agen Inggris keturunan Yahudi. Attaturk juga melakukan proses sekularisasi dengan tangan besi. Syariat Islam diganti sistem sekular. Islam pun dicampakkan. Attaturk lupa, Islamlah yang membuat umat Islam dan Turki jaya dan gemilang.

Sekarang, setelah lebih dari 80 tahun tanpa Khilafah, penderitaan umat semakin bertambah. Negeri-negeri Islam berpecah belah menjadi puluhan negara yang dikawal oleh penjajah Barat. Bayangkan, mereka tidak boleh menyelamatkan Palestin yang dijajah Israel, atau penduduk Iraq yang dibantai habis habisan. Darah kaum Muslim demikian begitu mudah ditumpahkan di mana-mana oleh penjajah AS dan sekutunya, yang dibantu agen-agen pengkhianat dari umat Islam sendiri. Allahuakbar.. Inikah pemimpin ummat Islam??? Inikah perisai ummat Islam?? Padahal, jumlah kaum Muslim lebih dari 1.5 miliar. Kemiskinan, kebodohan, dan konflik pun identik dengan negeri-negeri Islam. Munculnya Islamofobia dan sebagainya. Inilah hasil daripada sistem sekularisasi. Inilah hasil daripada runtuhkannya Khilafah Islamiyah.

Kerana itu, saat ini tidak ada lagi alasan bagi kaum Muslim untuk tidak kembali menegakkan Khilafah, kerana:

Pertama, Khilafah adalah tuntutan akidah dan syariat Islam. Kaum Muslim wajib menerapkan semua aturan Allah Swt. sebagai konsekuensi keislaman mereka. Persoalannya, bagaimana mungkin kita hendak menerapkan hukum-hukum Allah secara total kalau kita tidak mempunyai negara yang menerapkannya, yakni Khilafah Islamiyah?Menurut kaedah syara', “sesuatu perkara yang tidak sempurna tanpa suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib”. Demikian pentingnya Khilafah, Rasulullah saw. sampai menyebut orang yang mati dalam keadaan di pundaknya tidak ada baiat kepada Khalifah sebagai mati jahiliah.

Kedua, Khilafah akan mensejahterakan rakyat. Sistem kapitalis yang menaungi masyarakat saat ini hanya mensejahterakan sebagian kecil orang, sementara majoriti umat hidup dalam kemiskinan, padahal negeri-negeri Islam rata-rata memiliki kekayaan alam yang luar biasa. Dalam sistem kapitalis, yang kaya makin kaya, dan yang miskin makin miskin. Itulah kebobrokan sistem kapitalis. Sebaliknya, kebijakan ekonomi Khilafah adalah menjamin keperluan utama setiap individu rakyat. Pendidikan, kesihatan, keamanan, dan pengangkutan yang merupakan kebutuhan vital rakyat pun diperoleh dengan biaya murah. Sebab, kekayaan alam seperti emas, minyak, gas, hutan adalah milik umum yang hasilnya diberikan kepada rakyat. Dalam sistem Islam, hak milik umum seperti minyak, gas air adalah FOC.

Ketiga, Khilafah akan menjamin keamanan rakyat. Penguasa sekular di negeri-negeri Islam, kerana lebih menghambakan diri pada kepentingan penjajah, membiarkan rakyatnya dibunuh. Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, atau Turki bahkan menyediakan lahan bagi pesawat dan pangkalan militer negara penjajah untuk lebih mudah membunuh saudara-saudaranya di Iraq dan Afganistan. Ini berbeza dengan para khalifah yang agung; mereka akan menjaga nyawa rakyatnya. Jangankan nyawa manusia, Umar bin al-Khaththab sangat khawatir kalau di perjalanan ada unta yang terperosok kerana jalan yang rosak. Saidina Umar bin Al-Khathtab juga sentiasa menjaga kebajikan rakyat sehingga beliau sanggup berjalan pada waktu malam dengan berpakaian biasa sahaja untuk melihat sendiri kehidupan rakyat-rakyatnya. Dan terjadi sebuah kisah di mana ada seorang makcik tua yang sangat daif. Makanan malam untuk anak-anaknya hanyalah rebusan batu sahaja. Apabila saidina Umar terlihat kejadian itu, beliau bertanya kepada makcik itu, sehingga makcik itu menyatakan kesedihan dan ketidakpuasan hatinya terhadap khalifah pada masa itu tanpa makcik itu mengetahui status sebenar orang yang sedang bertanya itu. Sejurus sahaja makcik itu tersedar status saidina Umar sebagai sang khalifah, menggigil ketakutan makcik itu. Tapi, sebaliknya yang berlaku. Saidina Umar yang meminta maaf pada makcik itu kerana telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap makcik itu. Dan pada masa itu juga saidina Umar mengeluarkan dinar emas dan diberikan kepada makcik yang malang itu.

Keempat, Khalifah akan menjaga pertahanan serta keutuhan dan persatuan negeri-negeri Islam. Ketiadaan Khilafah membuat kaum Muslim bagaikan kehilangan penjaga rumah mereka.Ummat kehilangan perisai mereka. Khalifah menjadi imam dan amir ummat Islam yang berdiri di barisan hadapan ummat Islam. Akibatnya, orang-orang jahat dengan senang masuk dan membuat kerosakan di negeri-negeri Islam. Ironinya, orang-orang jahat ini diundang oleh para penguasa Muslim sendiri atas nama demokrasi, rekontruksi, pembangunan, investasi, dan lain-lain. Padahal penjajah tersebut mempunyai satu tujuan: mengeksploitasi negeri-negeri Islam. Negeri-negeri Islam yang tadinya satu di bawah naungan Khilafah pun dipecah-pecah atas nama kemerdekaan dan penyelesaian konflik. Khalifahlah yang akan kembali menyatukan umat Islam. Itu pernah terbukti,dengan pembukaan Daulah Islam sehingga 2/3 dunia. Subhanallah.. Khilafah Islam berhasil menyatukan umat manusia dari berbagai ras, suku, bangsa, warna kulit, dan latar belakang agama yang sebelumnya berbeza. Semuanya dilebur dengan prinsip ukhuwah islamiyah.

Kelima, Khilafah akan memuliakan dan menjaga kehormatan wanita. Kapitalisme telah merendahkan wanita dengan serendah-rendahnya. Mereka menganggap wanita tidak lebih dari komoditi ekonomi yang bisa diperjualbelikan. Para kapitalis yang rakus juga memperkerjakan wanita di pub-pub dengan upah yang sangat murah. Sangat berbeza dengan Islam, yang demikian memuliakan wanita. Islam menjaga kehormatan wanita dengan kewajiban menutup aurat dan mengatur pergaulan wanita. Wanita diposisikan oleh Islam pada tempat yang sangat mulia di keluarga sebagai ibu dan ummu wa rabbatul bait (pengatur rumahtangga). Tidak hanya itu, wanita pun diberikan peranan politik yang agung dalam masyarakat. Wanita juga diwajibkan untuk berdakwah melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Dengan demikan, para ibu menjadi hujung tombak terciptanya generasi Islam yang berkualiti dan bertakwa. Jangan sangka tangan yang menghayun buaian tidak akan menggoncang dunia. Lihat sahaja wanita pertama yang syahid, Sumayyah.

Keenam, Khalifah akan melindungi orang-orang yang lemah dan warga non-Muslim. Kapitalisme telah mendiskriminasi manusia berdasarkan kekuatan modalnya. Anda dapat makan sebaiknya, pelayanan kesihatan yang tip top, pendidikan unggul, dan rumah yang mewah dan nyaman kalau anda bermodal besar. Berbeza dengan Islam, yang akan menjamin orang-orang lemah dan miskin; termasuk juga melindungi warga non-Muslim ahlul dzimmah. Keperluan utama mereka dijamin sebagai bahagian dari hak mereka menjadi warga negara Daulah Islam. Tidak menghairankan, begitu terkejutnya pasukan tentera Salib, saat melihat komuniti Nasrani di negeri Daulah Khilafah malah membantu pasukan Islam untuk memerangi pasukan Salib. Mereka lupa, Islam telah mensejahterakan orang-orang non-Islam.

Ketujuh, Khalifah akan menyebarluaskan Islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Penyebaran nilai-nilai Kapitalisme seperti sekularisme, demokrasi, HAM, pluralisme, dan pasar bebas telah menjadi bencana besar bagi umat manusia. Siapa yang boleh menyelamatkan ini semua? Tidak lain kecuali Islam. Nilai-nilai Islam yang bersumber dari Allah Swt. akan memberikan rahmat bagi seluruh dunia saat syariat Islam ditegakkan. Inilah yang pernah terjadi sepanjang sejarah Kekhilafahan Islam. Bagaimana peradaban Islam telah memberikan sumbangan yang luar biasa bagi dunia, baik dari segi nilai-nilai ideologis yang mengatur hidup manusia maupun kemajuan material seperti sains dan teknologi.

Hadis nabi:

“Di tengah-tengah kalian terdapat masa Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj Kenabian yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan yang zalim yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu ketika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan ada masa kekuasaan diktator yang menyengsarakan, yang berlangsung selama Allah menghendakinya. Lalu Dia mengangkat masa itu saat Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Selanjutnya akan muncul kembali masa Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian.” Setelah itu Beliau diam... (HR Ahmad).

Ya Allah, limpahkanlah pertolongan dan kemenangan kepada kami sehingga kami dapat segera membaiat seorang khalifah, mengibarkan bendera Lâ ilâha illâ Allâh di seluruh penjuru dunia, dan menerapkan syariat-Mu secara total dalam kehidupan kami. Amin. ..
Baca seterusnya..


Assalamualaikum..

Entri kali ini ingin saya memperkatakan mengenai aurat seorang muslimah. Berkata mengenai aurat muslimah, ada segelintir muslimah hari ini yang mengetahui tentangnya dan ada juga yang tidak mengetahuinya langsung. Bagi yang tidak mengetahui, saya terasa tersangatlah kesian pada individu tersebut. Mana taknya, ade sesetengah tu bukan main lagi berlumba2 mncari fesyen2 yang terkini, kononnya up-to-date lah. Tulah padahnya bila dah up-to-date sgt, smpai pakaian pun dah "terup" juga.Bila dah terlalu nak up-to-date dgn fesyen2 yg dibawa oleh barat, mereka sampai dah terlupa nak up-to-date kan mind dengan pakaian yg dah dipandukan oleh hukum syara'. Takut2 bila dah sampai "due date" kat dunia ni, masing2 masih lagi jahil dengan hukum2 Allah ni. Naudzubillah.... Tapi.... Masalah tetap timbul juga bilamana ada yang dah tahu aurat muslimah menurut syara'. Kenapa mesti jadi macam ni ya.. Hurm, saya akan bincangkannya di entri yang akan datang,insyaAllah. Moga diberi pencerahan mengenai hukum seputar aurat muslimah ini ya.. Selamat membaca.. (^_^)

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).


Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.

Lihat sumber disini..
Baca seterusnya..



Assalamualaikum..

MasyaAllah.. Allah is the Most Greatest.. Although I can't understand the language, but from the video, masyaAllah..Thousand of people in Tripoli, Lebanon were march calling for khilafah. oo my friends, u know what..KHILAFAH is the ummat shielding!!! KHILAFAH is very important to bring back ISLAM.. When will this happen in this country?? ooo Allah... Only You knows, when this ummat suffered will be end. Wake up mujahid and mujahidah!!! Wake up from your dream!! Please give something for ISLAM !! Before Allah take back your chance...

Allah said:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَجِيبُواْ لِلّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا
دَعَاكُم لِمَا يُحْيِيكُمْ

"O you who believe! Answer (the call of) Allah and His Messenger when he calls you to that which gives you life."

[TMQ Surah Anfal 8 : 24]



Baca seterusnya..

Assalamualaikum..Click Me~

Setelah beberapa hari saya mengedit blog, rasanya cukup kot setakat ni dulu. Dengar macam gempaq jek kan, tapi biasa2 jek blog yang baru ni. Sebenarnya sayang gak nak tukar blog yang lama tu, tapi atas kta2 smngat adik (hehehe..) tukar jugaklah.. Satu lagi, bila tengok layout yang cun nih, terus cakap "ok bas. comform aku nk tukar!!" Lagipun ntah knape tetibe malam tu rajin pulak dia nak ajar berbloging nih.. Orang tengah baik hati kan, kita jgn tunggu lama2.. Nanti melepas pulak. Tapi x sempat nak menuntut ilmu byk2 pulak, sebab dia dah balik ke lubuk esoknya. Jadi terbelangkalailah (ngada2 nak strike kan tulisan padahal boleh jek delete..hehe..) terbengkalailah proses pembelajaran ni. Jadi saya pun teruskanlah niat dihati.Delete semua post2 yang lalu. Dan mulakan yang baru. InsyaAllah, yang baru ni saya cuba untuk karang sendiri ayat2 nya.. Alamak!!! kantoi pulak post2 yang lepas copy paste ja. Tapi bukan semua lah. Ada post ciptaan sendiri taw.. hehe..Click Me~

Alhamdulillah, memandangkan blog saya kali ini sedap jek mata saya memandang, jadi insyaAllah, saya tak akan tukar dan berubah wajah lagi. Siapa2 yang tak berminat dengan kaler pink ni, harap2 dapat pupukkan minat pada kaler pink dalam diri mulai sekarang ye..hehe..

Saya nak cerita sedikit pasal blog "Mencari Cinta Yang Satu" atau pun shortform nya MCYS. Kenapa saya guna nama blog MCYS?? hurm..Click Me~ Dalam sibuk2 remaja sekarang mencari cinta manusia, kenapa saya mencari cinta yang satu ni. Eh, cinta yang satu ni cinta apa?? ha... Sudah semestinya cinta Yang Maha Esa. Bila kita hayati lirik lagu Mencari Yang Maha Satu by UNIC ft Cat farish. Antaranya:

"Dan selanjutnya ku tergoda lagi,
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku,
Kini ku mengakui teguranMu,
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini".

Kita sedar siapa diri kita, asal kita. Hanya hamba Allah yang hina. Kenapa kita hina, sebab asal kita adalah dari setitis air mani, dan Allah jadikan kita sehinggalah menjadi sebaik2 dan secantik2 ciptaan. Alhamdulillah, Allah berikan kita nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Islam dan seterusnya pelbagai nikmat2 yang lain. Tapi malangnya, ramai manusia hari ini yang alpa dengan nikmat2 yang Allah bagi. Lebih2 lagi dalam keadaan ummat Islam sekarang yang hidup dibawah sistem pemerintahan kapitalis, yang memang sah2 korup. Makin senanglah ummat Islam melakukan kemaksiatan sebab pemimpin sendiri pun lakukan maksiat yang terang-terangan. Dalam lirik tu ade mengatakan "dunia yang sesat membunuhkan jiwaku" Sebenarnya dunia x sesat, tapi manusia didunia ni yang sentiasa sesat dalam arus pemodenan. Manusia yang masih tebal penyakit wahn dalam diri.Semuanya jauh terpesong dari perintah Allah selagi segala hukum Islam x dijalankan secara syumul. Dan macam mana Allah menegur kita? Allah menegur kita dengan memberi pelbagai ujian2 kpd hamba2nya. Bagi yang melihat ujian itu dengan hati yang berteraskan keimanan, dia akan berasa bersyukur dan semakin tunduk pada Allah. Tapi bagi yang melihatnya dengan nafsu duniawi semata, mereka akan berasa sangat marah dengan Allah, mereka akan mula menyalahkan Allah dan akhirnya berlakulah kes murtad yang mana dalam hukum Islamnya boleh dihukum bunuh jika mereka tak nak bertaubat.Naudzubillah.. Salahkah teguran Allah yang berbentuk ujian ini?? Anologinya, salahkah mak kita menegur kita melakukan perkara2 yang maksiat?? Hakikatnya teguran2 itu semua menunjukkan betapa sayangnya mak kita pada kita. Begitu juga Allah, sayangnya Allah pada kita, Dia berikan ujian demi ujian pada kita walhal sekuat mana sekalipun iman seseorang hamba Allah itu, pasti turut diuji.. Allah akan menguji hamba2Nya sehinggalah hamba2Nya berjalan diatas bumi ini tanpa sebarang dosa.

Firman Allah:
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan, Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Ujian Allah ini bukan sahaja dalam bentuk kesusahan, malah dalam bentuk kesenangan jua.Begitu kasihnya Allah pada hamba2nya sehinggakan kasih sayang Allah ini melebihi kasih sayang manusia sendiri. Jadi, satu point yang kita dapat, kenapa Cinta Illahi yang perlu kita cari sebelum cinta manusia.

Apabila tersilap langkahku,
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi,
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu,
Memohon ampun dariMu.

Memang secara fitrahnya, manusia diciptakan dengan adanya naluri ingin mengagungkan sesuatu(gharizatud-tadayyun). Seperti lirik diatas, apabila kita ditimpa sesuatu musibah, perkara pertama yang muncul dimulut kita samaada "Allahuakbar", "Subhanallah" mahupun "Innalillahiwainnalillahirrojiun" dan itulah sebaik2 ucapan apabila ditimpa musibah. Jelas disini, dengan kita mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang. Allah tak pernah curang pada kita, Allah tak pernah menyakitkan hati kita. Bahkan Allah kurniakan kita insan2 yang kita sayangi sebagai peneman kita di dunia dan insyaAllah disyurga kelak iaitu kaum keluarga kita. Inilah point yang kedua mengapa perlunya kita mencari cinta Allah. Banyak lagi point2 yang ada kenapa dan mengapa cinta Allah yang perlu diraih berbanding cinta manusia. Banyakkan muhasabah diri, insyaAllah, u will find the way....

Satu lagi persoalan disini.. Bagaimanakah kita nak mencari cinta Allah?? Dan adakah cukup sekadar menyatakan "Aku Cinta Allah"-(wali band song)?? Opss..terlebih pulak persoalan.. ngee..
Berbalik pada persoalan yang pertama macammana nak cari cinta Allah ya.. Biasa nye orang kata tak kenal maka tak cinta. Belum cukup kenalkah kita dengan Allah?? Perlu ke kita membayangkan sifat2 fizikal Allah dan menunggu sehingga kita dapat melihat wajahNya??? Aik... makin banyak pula persoalannya...Sebenarnya tak perlu pun kita mengenali Allah dengan membayangkan fizikalNya dan HARAM hukumnya membayangkan fizikalNya. Yang dapat membuatkan kita mengenali Allah adalah dengan kita memahami Al-Quran dan Sunnah Nabi sebab Al-Quran itu 100% datangnya dari Allah. Selain itu, kita pelajari ilmu Islam yang mana dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. Maka disitu akan wujudlah perasaan cinta pada Allah dan Rasulullah. Persoalan kedua, cukupkah sekadar kita mengatakan "Aku Cinta Allah" tanpa melakukan apa2?? Analoginya, cukupkah kita hanya ucapkan cinta dan sayang pada keluarga/suami/isteri tanpa memberi apa2 yang membuktikan kita sayang dan cinta pada mereka. Begitu juga dengan cinta pada Allah. Bukti yang perlu kita tunjukkan adalah dengan kita menjaga aqidah Islam, menjalankan hukum Islam dan menerapkan hukum Islam dalam kehidupan kita. Sebagaimana kita sanggup berkorban jiwa raga untuk si dia, begitu juga kita patut lebih sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk Islam, iaitu Ad-Deen yang Allah turunkan pada Nabi Muhammad untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan makhluk lain dan menusia sesama manusia.

Kesimpulannya, itulah tujuan saya mengendalikan blog MCYS ini. Tujuannya adalah semata2 untuk meraih redha dan cinta Allah dan Rasul serta masih dan akan selamanya mencari cinta yang hakiki dan yang satu ini. InsyaAllah, post2 yang akan datang, akan saya kongsikan ilmu saya yang sedikit ini bersama sahabat2 semua, semoga ianya bermanfaat dunia dan akhirat, insyaAllah.. Sesungguhnya Islam tu perfect dan indah. Jika ada yang tak berpuas hati, mungkin salah pada penulisan saya yang banyak kekurangannya. Sebarang komen dan penambahan dialu-alukan tanpa ada segan silu.. ^_^

Wallahua'alam..

Wasalam...











INSYA'ALLAH
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign