Views

Bismillahhirrahmanirrahim..


Saya mulakan penulisan ini dengan kalam yang sangat indah dan terpuji. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hurm.. Lama dah tidak menggerakkan jejari untuk menulis dalam blog ni. Sambil-sambil baca entry saya kali ni, sukalah saya disini untuk memperdengarkan pada kamu semua dengan satu alunan zikir yang sangat menteramkan hati bila mendengarnya, insyaAllah.. =) Sebenarnya tujuan saya hanya nak sampaikan atau nak kongsi dengan kawan-kawan satu hadis yang boleh membuatkan air mata orang-orang yang berfikir menitik. Bukan niat untuk menakutkan tapi inilah hakikat hidup sebagai hamba Allah.

Dari Hadis Abu Hurairah diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai', ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Yang pertama kali akan diadili di hari kiamat adalah orang yang gugur syahid. Kemudian ia di bawa kehadapan Allah, dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apakah yang engkau lakukan di dunia?" Orang itu berkata, "Aku telah berperang keranaMu hingga aku syahid." Allah berfirman, "Engkau berdusta. Sebenarnya engkau berperang kerana ingin dikatakan sebagai pemberani dan hal itu telah dikatakannya". Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya, maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka. Kemudian orang yang mempelajari dan mengajarkan ilmu serta membaca Al-Quran. Lalu ia dibawa ke hadapan Allah, dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apa yang engkau lakukan di dunia?" Orang itu berkata, "Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya, aku pun membaca Al-Quran keranaMu. Allah berfirman, "Kamu berdusta. Sebenarnya kamu mempelajari ilmu kerana ingin dikatakan sebagai seorang yang alim. Kamu baca Al-Quran kerana ingin dikatakan sebagai Qari dan semua itu telah dikatakannya." Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya. Maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka. Kemudian orang yang diberi keluasan oleh Allah dan diberi kurnia bermacam-macam harta. Lalu ia dibawa ke hadapan Allah dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apa yang engkau lakukan didunia?" Orang itu berkata, "Tidak ada satu jalan pun yang Engkau sukai untuk berinfak dijalan itu kecuali aku menginfakkan hartaku keranaMu" Allah berfirman, "Kamu berdusta. Sebenarnya kamu melakukan itu semua kerana ingin dikatakan sebagai dermawan, dan semua itu telah dikatakan." Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya. Maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka."

Ha.. Macam mana? Faham kan dengan hadis ni. InsyaAllah hadis ini saya rasa mudah untuk difahami.

Pernah tak rasa frust sesangat. Frust tahap gaban lah orang kata. Sampai dah tak boleh fikir dengan waras. Senang citer macam dah tak boleh nak terima kenyataanlah. Cuba check and balance diri kita ni dengan kata lain muhasabah diri kita. Bukan apa, manusia ni kan sifat nya mudah lalai dan leka. Mudah lupa dari mana kita datang dan kemana kita kembali. Sebab itu kita perlukan seseorang untuk sentiasa ingatkan kita pada Allah dengan mencari sahabat-sahabat yang mendekatkan diri kita pada Allah. Sahabat tu kan mencerminkan diri kita. Betul dop?? Dan satu lagi sentiasalah menghadirkan diri dalam kelas-kelas ilmiah. Ketepikan ego dalam mencari ilmu Allah sebab yang ingin dicari adalah ilmu Allah, redha Allah bukan redha manusia dan bukan jua pandangan manusia. Fikir-fikirkanlah....

Konklusinya disini buatlah sesuatu pekerjaan itu hanya kerana Allah..kerana Allah dan kerana Allah semata.. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan lalai jua.. Wallahhu'alam..

Kerna ku kasih, kusampaikan
Kerna ku benci, kusampaikan
Kerna Allah ku benci dan kasih..




0 comments:

Post a Comment

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign