Views




Assalamualaikum..

Analisis di antara BERSIH 2.0 dengan KHILAFAH 2.0 mendapati bahawa kesamaan di antara keduanya cuma pada nombornya sahaja iaitu akan terjadi buat kedua kalinya.

Namun begitu, BERSIH 2.0 belum benar-benar pasti akan terjadi tetapi sebaliknya KHILAFAH 2.0 (buat kedua kalinya) benar-benar akan terjadi bersandarkan hadis -

"..Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam." [Hadis Riwayat Ahmad]

Selain itu, jelas sekali usaha tuntutan-tuntutan himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) adalah untuk mempromosikan sistem demokrasi warisan penjajah iaitukebebasan bersuara. KHILAFAH 2.0 pula mempromosikan sistem khilafah warisan Rasulullah SAW iaitu akan melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan.

Hak bersuara untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik menyebabkan ramai yang menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

BERSIH 2.0 telah menjemput semua rakyat di Malaysia yang berminat untuk menghadiri dan meluahkan pandangan-pandangan mereka di Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011 yang lepas.

8 tuntutan BERSIH 2.0 secara terperinci adalah seperti berikut :-

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas dan adil
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
  • Bersihkan Pilihanraya
  • Kembalikan hak rakyat

Perbezaan yang lainnya di dalam KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0 ada empat asas perlu diperhatikan iaitu:-

  • Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
  • Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih pemimpin dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
  • Wajib mengangkat satu pemimpin sahaja di dunia Islam.
  • Hanya pemimpin (Khalifah) yang berhak memutuskan hukum syara’.

Tuntutan di dalam KHILAFAH 2.0 kepada pemerintah Islam yang bertanggungjawab kepada umat secara terperinci adalah seperti berikut :-

PERTAMA : Memelihara Keturunan.
Antara langkah-langkah praktiknya: Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan; Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya; Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina.

Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.

KEDUA : Memelihara Akal.
Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya; Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah; Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah; Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut.

Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.

KETIGA : Memelihara Kehormatan.
Hal ini diatur dengan; Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah; Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan; Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan.

Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.

KEEMPAT : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.

Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.

KELIMA : Memelihara Harta.
Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat.

Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.

KEENAM : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.

KETUJUH : Memelihara Keamanan.
Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.

KELAPAN : Memelihara Negara.
Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.


Semoga KHILAFAH 2.0 akan segera terlaksana buat kedua kalinya agar syariat Islam dapat dilaksanakan dan diterapkan secara keseluruhan.

Kebangkitan KHILAFAH 2.0 semakin dekat dan umat Islam perlu bersedia untuk menerimanya dan berusaha untuk mendirikannya.

Baca SN tebaru disini.

Wallahu a'lam.


credit to [muslim generation]

0 comments:

Post a Comment

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign