Assalamualaikum..

Beruntungnya orang-orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Sabar juga merupakan sebahagian daripada iman. Tapi.. kadang-kadang hati ini memang sukar untuk bersabar kan.. Itulah sifat manusia yang lemah seperti saya. Huhu... Namun, sering ku ingatkan diri ini dan kini ingin ku ingatkan pada kalian semua, carilah semula kekuatan kita semua orang-orang Islam. Kekuatan kita bukan terletaknya pada siapakah kawan kita, atau siapakah ibu dan bapa kita, atau jemaah manakah yang kita ikuti, tapi ia terletak pada Al-Quran dan Al-Hadith, nescaya kita pasti akan menemui kekuatan yang sangat utuh. Itulah warisan tinggalan kekasih Allah kepada ummatnya agar kita semua tidak sesat lagi menyesatkan. Jadi, hari ini saya mencari kekuatan untuk bersabar.. Moga Allah bersamaku dalam pencarian ini. Amien..



"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu dari kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [TQS Al-Baqarah(2): 214]

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu besabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demekian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. [TQS Al-Imran (3):186]

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar(39):155]

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar [TQS AL-Baqarah (2):155]

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu... [TQS Al-Imran(3):200]


Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar (39):10]


Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan [TQS Asy-Syura (42):43]

Rasululllah SAW bersabda:



Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika mencintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapat pahala kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan dosa kemarahannya. [Telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid]

Rasulullah ditanya, siapa manusia yang paling berat ujiannya? Rasulullah saw bersabda: para nabi, kemudian orang-orang yang sholih, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila ia kuat dalam agamanya, maka ujian akan semakin bertambah. Apabila agamanya tidak kuat, maka ujian akan diringankan darinya. Tidak henti-henti ujian ujian menimpa seorang hamba hingga ia berjalan di muka bumi ini dengan tidak memiliki kesalahan sedikit pun. [Ahmad telah mengeluarkan dengan jalan Mus'ab Bin Said]

....Sabar adalah cahaya... [HR Muslim]

Barangsiapa yang berusaha untuk bersabar, maka Allah akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran. [Mutafaq'alaih]


Allah berfirman. " Seorang hamba yang Aku ambil kekasihnya dari penghuni dunia kemudian ia bersabar, maka tidak ada balasan apapun baginya kecuali syurga."[HR Bukhari]


Wallahu'alam..
Baca seterusnya..

Tak puasa: Sarawak mahu kenakan denda lebih berat

KUCHING 3 Ogos - Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.

"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online, 03/08/2011


________________________________________________________________________________________

Sebagaimana ramadhan-ramadhan yang lepas, pasti ada sahaja timbul isu-isu sebegini. Malah, ia meningkat setiap tahun. Apakah punca sebenarnya masalah ini??? HUH!! Sungguh sombong manusia ini ya. Masih lagi tidak sedar diri, hidup segalanya pinjaman dari Allah, tapi SyariatNya tak nak di ikuti!! Namun yang pastinya, masalah-masalah furu' (cabang) ini hanya akan dapat diselesaikan apabila akarnya/sumbernya dapat diubati. Seperti pohon yang tumbuh dengan mengeluarkan pucuk-pucuk yang rosak. Mencantas dahan yang rosak itu merupakan satu jalan penyelesaiannya, namun kerosakannya pasti akan berulang kembali, mungkin sahaja akan berjangkit pada dahan-dahan yang lain. Sampai satu tahap, pohon itu akan mati jua dek kerana kerosakan-kerosakan yang berlaku yang tidak boleh diubati lagi. Jadi, adakah dengan mencantas dahan-dahan yang rosak merupakan jalan yang TERBAIK??

Puasa Ramadhan merupakan satu kefardhuan yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima. Bagi yang sengaja meninggalkan puasa, mereka wajib dikenakan hukuman takzir oleh negara. Di kala undang- undang kufur diterapkan pada masa ini, kita dapati ramai yang sengaja mengabaikan syariat Islam. Malah lebih teruk sekiranya yang tidak berpuasa itu dengan senang lenang makan dan minum di khalayak ramai. Bagi pihak seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini, mereka boleh melakukan tangkapan kepada sesiapa yang tidak berpuasa dan makan serta minum di khalayak ramai. Namun begitu, persoalannya adalah, kenapa ia tidak dilaksanakan bagi kesalahan – kesalahan lain seperti tidak menutup aurat, kewujudan premis- premis maksiat yang bebas beroperasi serta konsert- konsert maksiat berskala antarabangsa yang bebas dan banyak dijalankan di Sarawak? Apa yang pasti, semua ini akan bterus berlaku sekiranya undang- undang yang dilaksanakan bukan syariat Islam. Undang- undang yang ada, bukan sahaja tidak melahirkan umat yang bertakwa, malah ia juga memberi ruang kepada pelaku maksiat untuk bermaharajalela. Selain itu, undang- undang yang ada (yang lahir dari sistem demokrasi) hanyalah bertindak untuk menghukum dan bukannya mendidik agar manusia menjadi insan yang bertakwa.

Selain itu, umat yang ada tidak dipupuk dengan kesedaran Islam dan ini menjadikan mereka lebih jauh dari syariat Islam. Malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya mereka sekadar memiliki nama sebagai seorang Islam , tetapi setiap tindak tanduk perbuatan mereka tidak diikat oleh aqidah Islam. Dalam konteks menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mereka ini akhirnya hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Hakikatnya, kenikmatan bulan Ramadan dan Islam hanya akan dapat dikecapi sekiranya Islam diterapkan secara syumul dalam kehidupan. Namun, sekiranya pemimpin yang ada adalah pemimpin yang khianat serta merompak hak rakyat dan tidak menerapkan Islam, bagaimana mungkin kenikmatan ini dapat dikecapi? Janganlah kita hanya sekadar menjadi “Muslim Ramadhan” dan bukannya muslim sejati yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Ayuh, bersama-samalah kita melakukan perubahan untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan bernegara dengan penegakan syariat Islam dan Khilafah. Wallahu a’lam.


sumber: mykhilfah.com
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign