Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami dari Bahrul Arifah ingin mendapatkan maklum balas dari anda semua berkenaan dengan isu pendidikan reproduktif di sekolah rendah. Ini adalah salah satu usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan gejala pembuangan bayi. Oleh yg demikian, kami amat berbesar hati untuk mempelawa anda semua menjawab online survey berikut (sila klik pautan di bawah):



sila sertai ONLINE SURVEY kami.


Segala kerjasama anda amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Mudah-mudahan dengan penyertaan anda semua akan membantu memperbaiki lagi sistem yang sedia ada pada hari ini, samada dari segi sistem pendidikan, ekonomi, sosial, pemerintahan, hukuman dan sebagainya. Anda sebagai pelajar sudah barang tentu sedia maklum bagaimanakah realiti dan kesan dari membiarkan sistem sekular ini terus berkuasa.

Sekian.
Baca seterusnya..

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita Justify Fulldengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu
Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!
Baca seterusnya..


Air Mata Perjuangan....


Telah jauh kisah diantara perjalanan kita

Lewati suka dan duka di jalan kemuliaan

Bersama mendayung bahtera kebenaran

Menerjang badai di laut perjuangan


Terbit hasrat tuk beralih

Mencuba berpaling dari Syariah

Namun tak kuasa tuk meninggakan-Nya

Karna kebenaran telah tertambat di dalam hatiku


Dapatkah selamanya kita berjuang

Menyatukan pemikiran kau dan aku

Semoga perjuangan kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya


Biarlah waktu yang menjawab semua

Semua prahara yang telah tercipta

Mendewasakan pemikiran antara engkau dan aku

Dan setiap titis air mata perjuangan

Dapat menyegarkan cinta yang telah ada


Wahai pejuang,

Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda,

Adakalanya kau kuat,

Kerna kau yakin Allah disisi,

Tapi..

Bila satu masa semangat itu pergi,

Walau bergoncang jiwa ragamu,

Jangan kau lari dari medan ini,

Biarkan Allah terus memegang hatimu,

Memandu langkahmu,

membentuk dirimu menjadi seorang pejuang sejati,

Keperitan...Keletihan..

Mengadulah pada Allah..

Hanya pada Allah..








LA TAHZAN
Baca seterusnya..


"My Dead Nation"
Posted by Aafia Siddiqui February
11, 2010

"My Dead Nation"

My name is Dr. Afia educated from Massachusetts Institute of Technology (USA) with three children and aim of helping my nation with my high class education is very pleased from your help.

I was kidnapped from my own country by my brothers and sold to America. I was brutally treated, raped, tortured, again and again given name prisoner 650. I prayed for my Muhammad Bin Qasim for every second of my years in prison in a Muslim country Afghanistan.

I am sister of 1/5 world's Muslim population . My nation is historically famous in defending and protecting their citizens right from the beginning. Hazrat Omar (RA) Said, if a dog dies near river Arafat, Omar will be responsible on day of judgment.

At the moment I can't walk on my own, one kidney is removed, bullet wound in my chest, denied any medical and legal aid and not sure whether I will be alive or not.

I would like to revoke my status of sister. I am a proud Muslim, follower of Hazrat Muhammad SAW, daughter of Hazrat Abubakar, Hazrat Umar, Hazrat Usman and Hazrat Ali and Companions and their true followers. I don't want to be your sister.

They are my protectors and I will seek Allah's help not yours.

I don't want to be Pakistani who has 600,000 troops and special force SSG but fail to protect me, they sworn to protect me but refused when I was looking at them for help. My so called Muslim Ummah having millions of soldiers, guns, tanks. Automatic weapons, fighter plans, submarines and yet they failed to save me.

Don't worry about day of judgment you won't be answerable as you are not my brothers in Islam. You are Arabic, Persian, Palestinians, African, Malaysian, Indonesian, South Asian but not Muslims.

I am sorry if hurts you but you can't imagine how hurt I am.'

_______________________________________________________________________________________

The solution is only bring back our shielding!!! its only shielding of the ummah!!! The solution is here...
Baca seterusnya..

*****
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Hatinya berbisik lagi:"Tuhan,walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela dari menjual agama -Mu ini Tuhan,makin aku diuji makin terasa kehebatan,keagungan-Mu Tuhan.Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yg menyeksaku ini."


Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin.Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

*****

Baca seterusnya..

Uda dan dara
bercanda dalam talian
menyusun aksara-aksara
membina cinta murahan.

Di 14 Febuari nanti
coklat dan mawar merah
kepada dara kan diberi
madah Uda ke Dara terpanah.

Longlai Dara menatap layar
berputik rindu di tangkai hati
berbisik Dara di senyum lebar
“Di hari itu kan ku korbankan apa yang dimiliki
demi cinta yang mula bersemi.”

14 Febuari menjelang kini
sebakul nafsu menanti dilampiaskan
“Bukankah, ‘BORN TO BE FREE’?”
Jerit si syaitan dari singahsana bebas pergaulan.

Dara bertudung unggu
di mata Uda kelihatan ayu
berbaju T bersaiz untuknya 10 tahun dahulu
menjeling manja ke Uda menunggu
di mobil berbaju biru
di dadanya tertulis; ‘JUST DO IT’
seakan berperi; “Ayuh cepat, di hari ini
batasan kita hanya waktu yang sedikit!

Mari kita raikan Hari Cinta Bersemi
dalam pelukan keseronokan berahi
kita tepis jauh naluri rohani!”

Di hari ini
bersandinglah Uda dan Dara
di pelaminan neraka
dikompang syaitan berjuta
direngis dipilis najis dosa
ditepungi tawar air mata dan duka bonda!

Dikarya oleh Fikrul Mustanir







CINTA
Baca seterusnya..


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Penghentam Tentera Salib dan Tatar….Wahai Kinanah Islam

Berhati-hatilah dengan penipuan Amerika dan agen-agennya untuk memperindah sistem secara palsu!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir
Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Suara hiruk-pikuk yang didengungkan oleh Amerika di sebalik tirai telah mula didengari. Ia dipelihara pula oleh rejim pemerint di tengahari buta… Suara-suara yang cuba menipu kalian dengan menggantikan wajah-wajah hitam sistem ini dengan wajah-wajah hitam sistem yang lain… Amerika berusaha menjadikan masalah pada Hosni Mubarak dan bukan rakyatnya yang marah terhadapnya. Ia juga cuba mewujudkan khilaf perbezaan di sana-sini dalam artikel perlembagaan Mesir dan bukan dalam seluruh perlembagaan sekular itu sendiri.


Suara-suara itu cuba untuk membicarakan tentang perpindahan kuasa kepada naib Presiden, dengan menampilkan Omar Suleiman dalam rupa yang elok, dengan melupakan bahawa beliaulah utusan tetap Presiden bagi institusi Yahudi dan merupakan mohornya yang digunakan untuk menandatangani perjanjian-perjanjian khianat dengan institusi yang telah merampas bumi yang diberkati, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kiblat yang pertama!

Suara-suara tersebut telah menjadikan Omar Suleiman seolah-olah seorang penyelamat hingga mereka melakukan rundingan dengannya serta membincangkan jalan-jalan keluar.... Para perunding bukan hanya terdiri dari pihak yang pro-rejim, bahkan juga pihak yang munafik yang mengucapkan kata-kata yang serupa seperti para perusuh di Dataran tersebut dan menuturkan perkataan yang lain pula kepada Omar Suleiman. Demikianlah rundingan itu!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Amerika yang merupakan ketua kepada sistem sekular ini telah terkejut ketika ia melihat kekuatan kalian menentang kezaliman, dan berjuang melawan musuh. Ia melihat perkara ini suatu yang serius, bukan jenaka. Lalu ia merasa takut pada sistem negeri yang kaya ini, yang dipeliharanya untuk menjaga kepentingannya dan memelihara kemaslahatan institusi Yahudi. Ketakutan ini telah menyebabkan Obama dan penyokongnya berada dalam keadaan cemas sepanjang rusuhan yang terjadi di Mesir. Mereka berkumpul sesama mereka, bermesyuarat, atau menghubungi rejim pemerintahan Mesir, atau menghantar utusan mereka ke sana seolah-olah Mesir itu merupakan salah satu wilayahnya!


Pertemuan-pertemuan yang diselenggarakan oleh rejim pimpinan Mesir serta perbincangan mereka menghasilkan rencana-rencana untuk memperindahkan rupa sistem ini. Hal itu adalah setelah mereka merasa yakin bahawa negara mereka telah jatuh atau hampir jatuh! Lalu mereka berpendapat perlu untuk menggantikan wajah ini dengan wajah yang lain, bahkan jika perlu mereka akan mengkaburkan dua wajah itu dengan wajah yang lain dari panah-panah mereka dan ia melakukannya... Semuanya itu adalah untuk mengekalkan kaki mereka agar terus dapat memijak tanah Mesir untuk melindungi orang-orang baru yang sedang memakai topeng hiasan yang diperelokkan agar orang ramai menyukai rencana-rencana tersebut!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya dengan izin Allah kalian berupaya untuk menggagalkan rencana-rencana tersebut dengan kesedaran dan kesabaran kalian. Lebih jauh lagi mereka tidak akan kuat untuk menghalang kalian, tidak Amerika, tidak juga peraturan yang mereka buat, tidak juga para munafik itu…

Kalian telah mematahkan rejim dan penyokongnya dengan rusuhan kalian yang diberkati itu, juga dengan keteguhan kalian tanpa dapat dilemahkan dan dilembutkan azam kalian itu…

Kalian telah mengenal kumpulan-kumpulan serta individu-individu yang cuba ‘mengganggu’ rusuhan kalian dan mereka tidak mengakuinya (berlepas diri). Mereka cuba meletakkan orang-orang mereka di dataran itu, yang lain pula diletakkan bersama Omar Suleiman. Maka terlihat jelaslah kemunafikan mereka dan tersingkaplah tipu daya mereka…

Kemudian sesungguhnya kalian telah memasukkan rasa gerun dalam hati Barat, khususnya Amerika, ketika mereka melihat kalian sedang melakukan rusuhan. Kalian bertakbir dalam solat jamaah kalian dalam jumlah ribuan orang: saling bersentuh kaki dan bahu… Maka jadikanlah solat ini signifikan di hadapan mata kalian dan menjadi pendorong kalian ke arah perubahan sepertimana yang kalian canangkan.


Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai seluruh penduduk kita di Bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya perubahan itu bukanlah dengan menggantikan seorang agen dengan agen yang lain. Tidak juga dengan menukar perlembagaan sekular dengan yang seumpamanya…

Tidak juga perubahan sistem (yang ada ini) dilakukan dengan rundingan bersama pendokong sistem ini juga…!

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dibuat oleh pemandangan yang menakjubkan itu ketika kalian bersolat secara berjemaah di dataran itu…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menjadikan Mesir sebagai ibukota umat Islam dengan mendirikan Khilafah Rasyidah, Daulah tunggal di negara umat Islam….

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat mengembalikan Mesir sebagai Kinanah Allah di muka bumi-Nya…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menajdikan Mesir aman dengan keamanan Islam, para musliminnya dan yang lainnya hidup secara sama rata…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menjadikan Mesir kebal terhadap para penjajah, khususnya Amerika sehingga ia menjadi api yang membakar mereka, bukan harta karun yang menggembirakan mereka!


Wahai para perusuh di Medan Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya Hizbut Tahrir di Mesir adalah dari kalangan kalian dan bersama kalian untuk menghasilkan perubahan ini dengan mendirikan pemerintahan Islam yang telah diwajibkan oleh Tuhan Sekelian Alam. Itulah perubahan yang terdapat padanya keselamatan dan keamanan kalian. Itulah perubahan yang darah anda tidak akan ditumpahkan dengan sia-sia… Untuk tindakan seperti ini maka hendaklah berusaha orang-orang yang berusaha. {إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ}

6 Rabi’ul Awwal 1432H/9/2/2011 Masehi

HT Mesir.

Baca seterusnya..

Apalah sangat..
Untuk aku sedih tentang HAL itu,
Untuk aku kecil hati tentang HAL itu,
Untuk aku tersinggung tentang HAL itu,
Untuk aku menangis tentang HAL itu,

Sedangkan...
Patut aku lebih sedih tentang nasib saudaraku,
Patut aku lebih kecil hati dengan orang yang menyembunyikan ilmu padaku,
Patut aku lebih tersinggung dengan orang yang memperlekehkan Deen Allah,
Patut aku menangis menatap dosaku yang menggunung,

Apalah sangat...
Untuk aku menyimpan perasaan tentang HAL itu,
Untuk aku terus menerus memikirkan tentang HAL itu,

Sedangkan...
Perasaan itu menyebabkan syaitan bersorak gembira,
Pemikiran itu menjadi pemangkin turunnya imanku...

Ya Allah...
Kuatkanlah hati ini..
Tetapkanlah hati ini..

Kuatlah duhai hati...
Sabarlah duhai hati...

Allah tahu...

Astaghfirullahhal'azim....Astaghfirullahhal'azim....Astaghfirullahhal'azim....






La Tahzan
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign