Showing posts with label Kata hati. Show all posts
Showing posts with label Kata hati. Show all posts

Assalamualaikum.. http://www.emocutez.com

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ad-deenunasihati
yang membawa maksud, agama itu adalah nasihat.

Sebagaimana dengan firman Allah SWT dalam surah Al-'Asr, surah yang ke 103 yang bermaksud,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


Jadi, saya pasti jelas bagi kita semua ya bahawa tidak ada membawa satu kesalahan pun untuk kita menegur atau memberi nasihat kepada sesiapapun dalam mana hal yang kita nasihati itu tidak melanggar hukum-hukum Allah. Malah hukumnya juga menjadi wajib bagi kita untuk mendakwahkan pada sahabat-sahabat tentang kebenaran, dan berdosa bagi kita menyembunyikan kebenaran itu walau sekecil zarah sekalipun.

Tapi, apa yang ingin saya bicarakan disini adalah dalam mana kita hendak berdakwah atau menegur seseorang itu, perlulah dengan hemahnya. Sifat mahmudah ini perlu ada pada setiap penda'ie khasnya dan semua hamba Allah umumnya sebab kadang-kadang kerana mulut boleh membawa kebinasaan kepada dakwah yang ingin disampaikan sekaligus peribadi muslim itu sendiri.

Dalam situasi kita mendekati mad'u(orang yang ingin didakwah), perlu ada kelembutan disebalik ketegasan. Bukan dengan cara paksaan atau sebagainya. Lembut disini bukan bererti sehingga kita mengikut telunjuk mad'u, tetapi lembut dari aspek gaya bahasa, panggilan bagi mad'u dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dakwah sesama muslimah yang mana kita tahu jiwa muslimah sangatlah sensitif. Hatinya boleh terikat hanya dengan kata-kata yang indah disamping kebenaran yang dibawa. Tetapi ini tidak bermakna dakwah sesama muslimin boleh menggunakan kata-kata kesat . Jagalah perkataan kita semua walaupun dakwah yang dibawa tu ditolak oleh mad'u itu.

Dalam situasi kita menasihati sahabat seperjuangan kita, bilamana kita melihat dia seolah-olah melanggar syari'at, perkataan juga perlulah dijaga. Sedangkan bila bercakap face to face pun akan ada yang terasa hati apatah lagi bila menegur dialam maya ini. Lagilah banyak syaitan yang menghasut dihati-hati ini. Saya tekankan lagi disini perlu ada HEMAH ya kawan-kawan.. ^_^ Syaitan banyak mainkan peranan apabila kita berbicara mengikut emosi. Jadi, hindarkanlah kita berbicara mengikut emosi semata. Memang kadang-kadang hati tu menggelodak bila ada yang cuba membangkang kata-kata kita. Sebab tu memang fitrah manusia yang Allah ciptakan berserta dengan gharizatul baqa'(naluri survival). Rasa nak mempertahankan pendirian kita. Tapi, cuba sebelum jawab balik tu, tarik nafas panjang-panjang then senyum.. http://www.emocutez.com Yang paling penting baca basmallah dan jawab menurut ilmu. Kekalkan http://www.emocutez.com .Hati kita sendiri pun akan sejuk bila kita http://www.emocutez.com walaupun mungkin akan menyakitkan hati pihak sana. ngeh3.. http://www.emocutez.com Kalau ada juga yang sakit hati tu tak tahu lah nak cakap apa. Mungkin depa ada penyakit hati lah kot..

Itulah saja coretan saya dan apa yang saya rasa, mungkin ada yang silap harap maafkan saya yang cetek ilmu ini. Coretan ini juga buat diriku jua yang sering alpa. Wallahhu'alam..


Baca seterusnya..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Kadang-kadang tidak kita sangka sesuatu perkara yang tak dikehendaki tu akan berlaku dalam hidup kita. Rasa seperti dalam mimpi yang sangat ngeri. Rasa seperti nak bangun dari tidur secepat mungkin. Nak keluar dari mimpi yang ngeri ni secepat mungkin. Tapi, sayang..Ini adalah realiti. Realiti yang tak dapat lagi untuk kita berlari, untuk kita lupakan begitu sahaja. Alam realiti yang perlukan kita tempuhi ujian Allah ni dengan usaha beserta tawakal hanya pada Allah.. Ya Allah... Engkau kuatkanlah hati kami dalam tempuhi ujian Mu ini ya Allah.. Janganlah dipinta ringankan ujian bagi kita, tapi, mintalah dikuatkan hati kita, ditingkatkan iman kita.Ku yakin ya Allah.. Masih banyak lagi ujian Mu yaAllah.. Ujian Mu yang menguji tahap keimanan hamba-hambaMu.. Moga kami lulus ujian Mu ni Ya Allah... Ku pasrah dan ku redha ketentuanMu.. Jangan Engkau biarkan ku rapuh dalam langkahku mencari redha Mu Ya Allah. Akan ku terus mencari dan menanti hikmah ujianMu ini ya Allah. Astagfirullah...







T_T
Baca seterusnya..


Rinduku pada sebuah pertemuan,
Ku mohon Allah ringankan perasaan nan berbuku,
Allah ringankan dengan hadirkannya dalam mimpiku,
Syukur Ya Allah,
Terima kasih Ya Allah,
Walaupun hanya dalam alam fantasi,
Walaupun hanya seketika,
Namun ini sudah cukup membuktikan,
Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Isi hati setiap hamba-hambaMu.

Rinduku pada sebuah pertemuan,
Ku pendam buat seketika,
Walaupun ianya perit dan pedih,
Hanya kerana aku mengetahui,
Bahawa keperitan ini hanya kecil sahaja dimata kekasihMu Ya Allah,

Rinduku pada sebuah pertemuan,
Ku biarkan ia berlalu mengikut arus waktu,
Namun terkadang ia datang tanpa diundang,
Kerana itulah nikmat dan fitrah kejadianku,
Yang engkau ciptakan berserta gharizatul nau',
Namun akal yang membatasi segalanya,
Membezakan antara diriku dan Kitty.

Rinduku pada sebuah pertemuan ini,
Ku hamparkan pada sejadah coklatku,
Ku rebahkan diri sujud padaMu,
Ku titiskan air mata hanya padaMu,

Ku bersyukur Ya Allah,
Kerana rinduku pada sebuah pertemuan itu,
Melabuhkan lagi cintaku padaMu,
Memberiku merasai manisnya nikmat cintaMu ya Allah...

Akan ku nantikan dengan sabar saat itu,
untukku leraikan perasaan rinduku pada sebuah pertemuan,
pertemuan yang menyatukan
hati seorang anak dengan umi dan abah,
hati seorang adik dengan akak,
hati seorang adik dengan abang-abang,
hati seorang kakak dengan adik-adik,
hati mak uteh dengan mujahid kecilku,
dan hati seorang gadis dengan Sony Erricsonnya...

Semuanya berlaku dengan kehendakMu ya Allah...
Wallahhu'alam...





Baca seterusnya..


Air Mata Perjuangan....


Telah jauh kisah diantara perjalanan kita

Lewati suka dan duka di jalan kemuliaan

Bersama mendayung bahtera kebenaran

Menerjang badai di laut perjuangan


Terbit hasrat tuk beralih

Mencuba berpaling dari Syariah

Namun tak kuasa tuk meninggakan-Nya

Karna kebenaran telah tertambat di dalam hatiku


Dapatkah selamanya kita berjuang

Menyatukan pemikiran kau dan aku

Semoga perjuangan kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya


Biarlah waktu yang menjawab semua

Semua prahara yang telah tercipta

Mendewasakan pemikiran antara engkau dan aku

Dan setiap titis air mata perjuangan

Dapat menyegarkan cinta yang telah ada


Wahai pejuang,

Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda,

Adakalanya kau kuat,

Kerna kau yakin Allah disisi,

Tapi..

Bila satu masa semangat itu pergi,

Walau bergoncang jiwa ragamu,

Jangan kau lari dari medan ini,

Biarkan Allah terus memegang hatimu,

Memandu langkahmu,

membentuk dirimu menjadi seorang pejuang sejati,

Keperitan...Keletihan..

Mengadulah pada Allah..

Hanya pada Allah..








LA TAHZAN
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign