Showing posts with label Tarbiyah diri. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah diri. Show all posts


Assalamualaikum..

Beruntungnya orang-orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Sabar juga merupakan sebahagian daripada iman. Tapi.. kadang-kadang hati ini memang sukar untuk bersabar kan.. Itulah sifat manusia yang lemah seperti saya. Huhu... Namun, sering ku ingatkan diri ini dan kini ingin ku ingatkan pada kalian semua, carilah semula kekuatan kita semua orang-orang Islam. Kekuatan kita bukan terletaknya pada siapakah kawan kita, atau siapakah ibu dan bapa kita, atau jemaah manakah yang kita ikuti, tapi ia terletak pada Al-Quran dan Al-Hadith, nescaya kita pasti akan menemui kekuatan yang sangat utuh. Itulah warisan tinggalan kekasih Allah kepada ummatnya agar kita semua tidak sesat lagi menyesatkan. Jadi, hari ini saya mencari kekuatan untuk bersabar.. Moga Allah bersamaku dalam pencarian ini. Amien..



"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu dari kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [TQS Al-Baqarah(2): 214]

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu besabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demekian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. [TQS Al-Imran (3):186]

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar(39):155]

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar [TQS AL-Baqarah (2):155]

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu... [TQS Al-Imran(3):200]


Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar (39):10]


Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan [TQS Asy-Syura (42):43]

Rasululllah SAW bersabda:



Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika mencintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapat pahala kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan dosa kemarahannya. [Telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid]

Rasulullah ditanya, siapa manusia yang paling berat ujiannya? Rasulullah saw bersabda: para nabi, kemudian orang-orang yang sholih, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila ia kuat dalam agamanya, maka ujian akan semakin bertambah. Apabila agamanya tidak kuat, maka ujian akan diringankan darinya. Tidak henti-henti ujian ujian menimpa seorang hamba hingga ia berjalan di muka bumi ini dengan tidak memiliki kesalahan sedikit pun. [Ahmad telah mengeluarkan dengan jalan Mus'ab Bin Said]

....Sabar adalah cahaya... [HR Muslim]

Barangsiapa yang berusaha untuk bersabar, maka Allah akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran. [Mutafaq'alaih]


Allah berfirman. " Seorang hamba yang Aku ambil kekasihnya dari penghuni dunia kemudian ia bersabar, maka tidak ada balasan apapun baginya kecuali syurga."[HR Bukhari]


Wallahu'alam..
Baca seterusnya..

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita Justify Fulldengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." (Surah Ar-Rum: 36-37)

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu
Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!
Baca seterusnya..


Air Mata Perjuangan....


Telah jauh kisah diantara perjalanan kita

Lewati suka dan duka di jalan kemuliaan

Bersama mendayung bahtera kebenaran

Menerjang badai di laut perjuangan


Terbit hasrat tuk beralih

Mencuba berpaling dari Syariah

Namun tak kuasa tuk meninggakan-Nya

Karna kebenaran telah tertambat di dalam hatiku


Dapatkah selamanya kita berjuang

Menyatukan pemikiran kau dan aku

Semoga perjuangan kita kekal abadi

Sesampainya akhir nanti selamanya


Biarlah waktu yang menjawab semua

Semua prahara yang telah tercipta

Mendewasakan pemikiran antara engkau dan aku

Dan setiap titis air mata perjuangan

Dapat menyegarkan cinta yang telah ada


Wahai pejuang,

Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda,

Adakalanya kau kuat,

Kerna kau yakin Allah disisi,

Tapi..

Bila satu masa semangat itu pergi,

Walau bergoncang jiwa ragamu,

Jangan kau lari dari medan ini,

Biarkan Allah terus memegang hatimu,

Memandu langkahmu,

membentuk dirimu menjadi seorang pejuang sejati,

Keperitan...Keletihan..

Mengadulah pada Allah..

Hanya pada Allah..








LA TAHZAN
Baca seterusnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..


Wujudnya perasaan takut dalam diri manusia adalah perkara yang lumrah (fitrah). Perasaan takut itu merupakan salah satu penonjolan daripada naluri untuk meneruskan kehidupan (gharîzah al-baqâ’) yang ada di dalam diri manusia. Ketika naluri ini tergerak untuk melakukan sesuatu, maka manusia akan melakukannya melalui dorongan akidah yang dimilikinya, serta menentukan perilaku yang sesuai dengan pemahamannya tentang sesuatu yang telah membangkitkan rasa takut dalam dirinya. Jika pemahamannya (mafhum) ini salah, maka ia akan melahirkan perilaku yang salah. Sebaliknya, jika pemahamannya ini benar, maka akan ia melahirkan perilaku yang benar.

Melalui perasaan takut, ia mungkin melahirkan sifat pengecut dan rendah diri. Jika ia dihasilkan daripada rasa takut terhadap manusia, ia akan mendekatkan diri pada manusia untuk mencari kerelaan mereka, bertujuan untuk mendapatkan kesenangan duniawi yang dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, perasaan takut dapat melahirkan keperkasaan dan kemuliaan jika ia dihasilkan melalui rasa takut hanya kepada Allah SWT, dengan mencari redhaNya dan kenikmatan syurgaNya.

Sungguh penting sekali bagi kaum Muslimin yang menginginkan kebangkitan daripada segala bencana dan malapetaka yang mewarnai kehidupan mereka sepanjang hari agar mereka tidak takut kecuali hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa atas sekalian hambaNya. Sehingga mereka menjadi orang-orang yang perkasa dalam ibadahnya, serta menjadi orang-orang yang paling mulia ketika hidup dan matinya.

Allah SWT berfirman:

وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ (٨٣) وَمَا لَنَا لَا نُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَا جَآءَنَا مِنَ ٱلۡحَقِّ وَنَطۡمَعُ أَن يُدۡخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلصَّـٰلِحِينَ (٨٤) فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۚ وَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٨٥)

“Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad SAW). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?” Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan.” [TMQ Al-Maidah (5): 83-85].

Allah SWT juga berfirman:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petujuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.“ [TMQ Az-Zumar (39) : 23].

Sebagaimana firman Allah SWT yang lain:

وَٱلَّذِينَ يَصِلُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦۤ أَن يُوصَلَ وَيَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ وَيَخَافُونَ سُوٓءَ ٱلۡحِسَابِ (٢١) وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّہِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٢)

“Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).“ [TMQ Ar-Ra’d (13) : 21-22].
Dan begitu juga dengan ayat-ayat yang lain yang sentiasa memuji mereka, iaitu yang di dalam hati mereka begitu besar rasa takutnya kepada Allah SWT. Disebabkan mereka sangat takut tentang murka dan seksaanNya sepanjang masa, mereka berusaha untuk meraih redhaNya dan begitu berharap untuk mendapatkan pahala daripadaNya.

Apabila warna seperti ini telah terbentuk dalam hati manusia, maka ia akan menjadi seseorang di antara mereka yang Allah sebutkan di dalam Al-Qur’an sepertimana firmanNya:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣)

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka).“ [TMQ Al-Ahzab (3) : 23].

Dan firmanNya:

رِجَالٌ۬ لَّا تُلۡهِيہِمۡ تِجَـٰرَةٌ۬ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِۙ يَخَافُونَ يَوۡمً۬ا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ (٣٧) لِيَجۡزِيَہُمُ ٱللَّهُ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٣٨)

“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di harinitu) hati-hati dan penglihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan.” [TMQ An-Nur (24) : 37-38].

Dengan demikian, jika tanaman bersih dan baik yang mana benihnya telah ditanam dalam hati seseorang mukmin dan telah berakar, maka ia akan berbuah dan memberikan banyak kebaikan. Berbeza dengan hati yang sakit, ia tidak layak dan tidak sesuai untuk benih yang bersih ini disebabkan tanahnya yang tandus, tidak layak kecuali pada yang keji dan kotor semata-mata.

Oleh kerana itu, hati ini terdapat dua jenis:

Pertama, hati yang baik dan bagus, yang takut kepada Allah baik ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai. Ia takut akan rosaknya hubungan antara dirinya dengan Allah SWT sehingga ia berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan keredhaanNya, walaupun ia harus dibeli dengan murka daripada orang lain.




Kedua, hati yang sakit dan rosak, tidak takut kepada Allah, secara terang-terangan melakukan kemaksiatan, tidak peduli dengan hubungan yang menghubungkan dirinya dengan Allah, dan tidak menghiraukan hisab (perhitungan) apa pun (termasuk perhitungan di hari akhirat). Ia dilihat mahu meraih kesenangan dan keredhaan daripada orang lain sehingga sanggup mendapatkan kemurkaan daripada Allah ke atas dirinya.


Berdasarkan kedua-dua jenis hati ini, maka kita dapat klasifikasikan manusia melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Tindakan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim dan menasihatinya, lalu dia ditangkap dan dibunuh oleh penguasa tersebut. Ini sudah semestinya berbeza dengan tindakan seseorang yang diberi oleh Allah pengetahuan tentang hukum-hukum agama, tetapi ia duduk bersama-sama penguasa zalim serta membuatkan fatwa-fatwa yang menghalalkan pelbagai aktiviti-aktiviti dan kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa tersebut. Manusia seperti inilah yang banyak dapat kita lihat pada zaman sekarang.

Bagi orang yang pertama tadi, ia adalah orang yang menyampaikan Islam. Apabila ia dibunuh oleh seseorang penguasa zalim pada saat ia menyampaikan nasihat (muhasabah) terhadapnya, maka ia merupakan syahid. Sedangkan bagi orang yang kedua, ia adalah orang-orang yang menjadikan serban-serban putih mereka dan kopiah-kopiah mereka sebagai kuasa untuk mengubah kata-kata dari maksud (dalil dan nas) yang sebenar. Dalam erti kata lain, mereka sanggup untuk berbohong atas nama Allah dan memutar belitkan nas-nas dalam memalingkan maksud-maksud isinya, lalu disesuaikan dengan keinginan mereka dalam rangka untuk menyenangkan hawa nafsu penguasa. Inilah yang difirmankan Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاًۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١٧٤)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah daripada Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api neraka, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 174].

Dan dalam firmanNya yang lain:

وَإِنَّ مِنۡهُمۡ لَفَرِيقً۬ا يَلۡوُ ۥنَ أَلۡسِنَتَهُم بِٱلۡكِتَـٰبِ لِتَحۡسَبُوهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (٧٨

“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya ketika membaca Al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu adalah sebahagian daripada Al-Kitab, padahal ia bukan daripada Al-Kitab, dan mereka mengatakan: “Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.“ [TMQ Ali Imran (3) : 78].

Begitulah juga bagi hati yang buta, yang tidak ada ketakwaan dan rasa takut kepada Allah sama sekali, ia hanya dipenuhi dengan rasa takut kepada para thaghut dan para wali syaitan. Oleh kerana itu, apabila hati telah buta, maka yang diambilkira pertama-tamanya adalah kemurkaan penguasa zalim sehinggakan mereka melupakan kemurkaan daripada Allah. Pahala dan seksaan akhirat dilihat remeh bagi mereka dan mereka sanggup untuk menukarnya dengan kesenangan dunia yang fana dan murah!!



Jadi adalah tidak menghairankan jika wujudnya fatwa-fatwa pelik yang dikeluarkan oleh orang-orang seperti mereka ini. Contohnya fatwa yang membolehkan untuk berdamai dengan negara haram Yahudi, membolehkan untuk meminta bantuan daripada kaum kafir untuk memerangi kaum Muslimin, membolehkan untuk membunuh (bughat atau kaum pemberontak) yang membangkang para penguasa yang melakukan kekufuran secara nyata (kufran bawahan). Membolehkan untuk menumpahkan darah, merampas harta dan kehormatan orang-orang yang ikhlas di antara umat ini, iaitu mereka-mereka yang melakukan amar makruf dan nahi munkar kerana mereka dianggap sebagai “teroris, ekstrimis dan penderhaka kepada penguasa”, dan fatwa-fatwa lain yang dibuat oleh mereka yang telah menjual dirinya kepada para penguasa jahat. Apapun tindakan dan ketetapan yang mereka lakukan, kesemuanya akan berhujung dengan kejahatan dan jenayah syari’e.

Sumber: mykhilafah.com








REMEMBER ALLAH
Baca seterusnya..




Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.

Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.

Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.

Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.

Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.







NUR QOLBI
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign