*****
Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternila bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan.

Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam memepertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda.

Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah. Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.

Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. Beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Hatinya berbisik lagi:"Tuhan,walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela dari menjual agama -Mu ini Tuhan,makin aku diuji makin terasa kehebatan,keagungan-Mu Tuhan.Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yg menyeksaku ini."


Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya. "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."

Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. Hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin.Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.

*****

Baca seterusnya..

Uda dan dara
bercanda dalam talian
menyusun aksara-aksara
membina cinta murahan.

Di 14 Febuari nanti
coklat dan mawar merah
kepada dara kan diberi
madah Uda ke Dara terpanah.

Longlai Dara menatap layar
berputik rindu di tangkai hati
berbisik Dara di senyum lebar
“Di hari itu kan ku korbankan apa yang dimiliki
demi cinta yang mula bersemi.”

14 Febuari menjelang kini
sebakul nafsu menanti dilampiaskan
“Bukankah, ‘BORN TO BE FREE’?”
Jerit si syaitan dari singahsana bebas pergaulan.

Dara bertudung unggu
di mata Uda kelihatan ayu
berbaju T bersaiz untuknya 10 tahun dahulu
menjeling manja ke Uda menunggu
di mobil berbaju biru
di dadanya tertulis; ‘JUST DO IT’
seakan berperi; “Ayuh cepat, di hari ini
batasan kita hanya waktu yang sedikit!

Mari kita raikan Hari Cinta Bersemi
dalam pelukan keseronokan berahi
kita tepis jauh naluri rohani!”

Di hari ini
bersandinglah Uda dan Dara
di pelaminan neraka
dikompang syaitan berjuta
direngis dipilis najis dosa
ditepungi tawar air mata dan duka bonda!

Dikarya oleh Fikrul Mustanir







CINTA
Baca seterusnya..


بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Penghentam Tentera Salib dan Tatar….Wahai Kinanah Islam

Berhati-hatilah dengan penipuan Amerika dan agen-agennya untuk memperindah sistem secara palsu!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir
Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Suara hiruk-pikuk yang didengungkan oleh Amerika di sebalik tirai telah mula didengari. Ia dipelihara pula oleh rejim pemerint di tengahari buta… Suara-suara yang cuba menipu kalian dengan menggantikan wajah-wajah hitam sistem ini dengan wajah-wajah hitam sistem yang lain… Amerika berusaha menjadikan masalah pada Hosni Mubarak dan bukan rakyatnya yang marah terhadapnya. Ia juga cuba mewujudkan khilaf perbezaan di sana-sini dalam artikel perlembagaan Mesir dan bukan dalam seluruh perlembagaan sekular itu sendiri.


Suara-suara itu cuba untuk membicarakan tentang perpindahan kuasa kepada naib Presiden, dengan menampilkan Omar Suleiman dalam rupa yang elok, dengan melupakan bahawa beliaulah utusan tetap Presiden bagi institusi Yahudi dan merupakan mohornya yang digunakan untuk menandatangani perjanjian-perjanjian khianat dengan institusi yang telah merampas bumi yang diberkati, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kiblat yang pertama!

Suara-suara tersebut telah menjadikan Omar Suleiman seolah-olah seorang penyelamat hingga mereka melakukan rundingan dengannya serta membincangkan jalan-jalan keluar.... Para perunding bukan hanya terdiri dari pihak yang pro-rejim, bahkan juga pihak yang munafik yang mengucapkan kata-kata yang serupa seperti para perusuh di Dataran tersebut dan menuturkan perkataan yang lain pula kepada Omar Suleiman. Demikianlah rundingan itu!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Amerika yang merupakan ketua kepada sistem sekular ini telah terkejut ketika ia melihat kekuatan kalian menentang kezaliman, dan berjuang melawan musuh. Ia melihat perkara ini suatu yang serius, bukan jenaka. Lalu ia merasa takut pada sistem negeri yang kaya ini, yang dipeliharanya untuk menjaga kepentingannya dan memelihara kemaslahatan institusi Yahudi. Ketakutan ini telah menyebabkan Obama dan penyokongnya berada dalam keadaan cemas sepanjang rusuhan yang terjadi di Mesir. Mereka berkumpul sesama mereka, bermesyuarat, atau menghubungi rejim pemerintahan Mesir, atau menghantar utusan mereka ke sana seolah-olah Mesir itu merupakan salah satu wilayahnya!


Pertemuan-pertemuan yang diselenggarakan oleh rejim pimpinan Mesir serta perbincangan mereka menghasilkan rencana-rencana untuk memperindahkan rupa sistem ini. Hal itu adalah setelah mereka merasa yakin bahawa negara mereka telah jatuh atau hampir jatuh! Lalu mereka berpendapat perlu untuk menggantikan wajah ini dengan wajah yang lain, bahkan jika perlu mereka akan mengkaburkan dua wajah itu dengan wajah yang lain dari panah-panah mereka dan ia melakukannya... Semuanya itu adalah untuk mengekalkan kaki mereka agar terus dapat memijak tanah Mesir untuk melindungi orang-orang baru yang sedang memakai topeng hiasan yang diperelokkan agar orang ramai menyukai rencana-rencana tersebut!

Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya dengan izin Allah kalian berupaya untuk menggagalkan rencana-rencana tersebut dengan kesedaran dan kesabaran kalian. Lebih jauh lagi mereka tidak akan kuat untuk menghalang kalian, tidak Amerika, tidak juga peraturan yang mereka buat, tidak juga para munafik itu…

Kalian telah mematahkan rejim dan penyokongnya dengan rusuhan kalian yang diberkati itu, juga dengan keteguhan kalian tanpa dapat dilemahkan dan dilembutkan azam kalian itu…

Kalian telah mengenal kumpulan-kumpulan serta individu-individu yang cuba ‘mengganggu’ rusuhan kalian dan mereka tidak mengakuinya (berlepas diri). Mereka cuba meletakkan orang-orang mereka di dataran itu, yang lain pula diletakkan bersama Omar Suleiman. Maka terlihat jelaslah kemunafikan mereka dan tersingkaplah tipu daya mereka…

Kemudian sesungguhnya kalian telah memasukkan rasa gerun dalam hati Barat, khususnya Amerika, ketika mereka melihat kalian sedang melakukan rusuhan. Kalian bertakbir dalam solat jamaah kalian dalam jumlah ribuan orang: saling bersentuh kaki dan bahu… Maka jadikanlah solat ini signifikan di hadapan mata kalian dan menjadi pendorong kalian ke arah perubahan sepertimana yang kalian canangkan.


Wahai para perusuh di Dataran Tahrir

Wahai seluruh penduduk kita di Bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya perubahan itu bukanlah dengan menggantikan seorang agen dengan agen yang lain. Tidak juga dengan menukar perlembagaan sekular dengan yang seumpamanya…

Tidak juga perubahan sistem (yang ada ini) dilakukan dengan rundingan bersama pendokong sistem ini juga…!

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dibuat oleh pemandangan yang menakjubkan itu ketika kalian bersolat secara berjemaah di dataran itu…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menjadikan Mesir sebagai ibukota umat Islam dengan mendirikan Khilafah Rasyidah, Daulah tunggal di negara umat Islam….

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat mengembalikan Mesir sebagai Kinanah Allah di muka bumi-Nya…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menajdikan Mesir aman dengan keamanan Islam, para musliminnya dan yang lainnya hidup secara sama rata…

Sesungguhnya perubahan itu adalah yang dapat menjadikan Mesir kebal terhadap para penjajah, khususnya Amerika sehingga ia menjadi api yang membakar mereka, bukan harta karun yang menggembirakan mereka!


Wahai para perusuh di Medan Tahrir

Wahai semua penduduk kita di bumi Kinanah (Mesir)

Sesungguhnya Hizbut Tahrir di Mesir adalah dari kalangan kalian dan bersama kalian untuk menghasilkan perubahan ini dengan mendirikan pemerintahan Islam yang telah diwajibkan oleh Tuhan Sekelian Alam. Itulah perubahan yang terdapat padanya keselamatan dan keamanan kalian. Itulah perubahan yang darah anda tidak akan ditumpahkan dengan sia-sia… Untuk tindakan seperti ini maka hendaklah berusaha orang-orang yang berusaha. {إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ}

6 Rabi’ul Awwal 1432H/9/2/2011 Masehi

HT Mesir.

Baca seterusnya..

Apalah sangat..
Untuk aku sedih tentang HAL itu,
Untuk aku kecil hati tentang HAL itu,
Untuk aku tersinggung tentang HAL itu,
Untuk aku menangis tentang HAL itu,

Sedangkan...
Patut aku lebih sedih tentang nasib saudaraku,
Patut aku lebih kecil hati dengan orang yang menyembunyikan ilmu padaku,
Patut aku lebih tersinggung dengan orang yang memperlekehkan Deen Allah,
Patut aku menangis menatap dosaku yang menggunung,

Apalah sangat...
Untuk aku menyimpan perasaan tentang HAL itu,
Untuk aku terus menerus memikirkan tentang HAL itu,

Sedangkan...
Perasaan itu menyebabkan syaitan bersorak gembira,
Pemikiran itu menjadi pemangkin turunnya imanku...

Ya Allah...
Kuatkanlah hati ini..
Tetapkanlah hati ini..

Kuatlah duhai hati...
Sabarlah duhai hati...

Allah tahu...

Astaghfirullahhal'azim....Astaghfirullahhal'azim....Astaghfirullahhal'azim....






La Tahzan
Baca seterusnya..

DISKUSI WANITA, JANUARI 2011 :'MEMBENTUK GENERASI MUSLIM - DIMANA PERANAN MUSLIMAH?'
Tarikh: 30 JANUARI 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Tel/Fax: 03-8922 3149
Muslimah(sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma


Baca seterusnya..



Assalamualaikum...

Buat sahabatku muslimah yang disayangi dan juga saudara-saudara seakidahku yang dikasihi. Moga kisah cerita ini dapat direnungi bersama dan diteladani. InsyaAllah, berkat dan redha Allah sentiasa mengiringi kalian jika timbangan atau ukuran perbuatan kita sentiasa mengikut hukum syara' yang telah ditetapkan.

******

Temanku datang dalam keadaan yang tidak seperti biasa, hari ini dia datang dengan menggunakan hijab. Teman-teman yang lain pula mulai mendekatinya, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi dengannya, kemudian salah seorang diantara kami bertanya :

“Loh? Ini baju baru model apa yang kamu pakai…Apa sebab kamu memakainya?” Dia menjawab dengan hati senang dan bangga , “Ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar

Firman Allah : “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)

Dan apakah kalian juga tidak membaca ??

Firman Allah : “Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya” ( QS An Nuur : 31)

Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang …Kenapa Islam mewajibkan wanita untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya?! Padahal keduanya adalah daya tarikan dan perhiasannya?”

Diapun menjawab… "Ukhtiku yang mulia…Sesunguhnya hijab perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penyayang dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa .Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiara tetapi untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternoda.

Ukhtiku yang baik, sesungguhnya disebalik jilbab yang syar’i itu terdapat makna kehidupan , iman dan kesopanan. Kerana kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dipoleskan pada wajah, atau kerana pakaian-pakaian yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.”

Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru…"Apakah kamu tidak khuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh?" Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab…"Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah

“…Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)

“Wahai saudariku muslimah…Sesunguhnya aku tidak akan pernah rela menikah kecuali dengan laki-laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita-cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang. Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum dan menghinakannya di hadapan manusia, apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka?”

Kembali seorang dari kami bertanya :

“Wahai ukhtiku , bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang yang ketinggalan zaman?” dia pun kembali menjawab : “ Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah?

Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak di dalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya menjadikan kamu terlihat indah di hadapan manusia. Inilah keburukan yang sebenarnya !!! Iaitu ketika kita mengikuti kata- kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia…”

“Wahai ukhti muslimah…aku nasihatkan kepadamu sekalian…Sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kalian, tinggal di neraka untuk selamanya atau tinggal di syurga untuk selamanya dan tidak ada kata lain untuk lari dari apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan ,

Sabda Rasul : Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat (pada zaman ini) satu kaum yang memegang pecut(cemeti) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia,dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang , merayu-merayu menarik hati dan berlengang-lengang membesarkan kondenya bagaikan punggung untuk yang mereng, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal baunya sungguh bisa tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun. ( Hadis Riwayat Muslim)

“Ukhtiku muslimah , apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian panjang akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona? ..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak dipakaian yang dipersempit. Hati-hatilah, kalian adalah murobbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi -generasi handal . Hati-hatilah , kamu ibarat bintang kejora yang sedang bersinar yang sinarnya akan mempengaruhi segala sesuatu disekelilingnya ..”

Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata-katanya, ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali ke jalan Allah dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat , aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan…Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan.

Kemudian aku pun berkata “ Ukhtiku…Semoga Allah membalas kebaikanmu.. ajarilah aku bagaimana hijab yang syar’i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan robbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan .”

Wahai muslimah…sesunguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan adabmu adalah islam , hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona’ah dan redha kepada Robbmu dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan . Lebar dan tidak sempit , tidak menonjolkan anggota tubuh , tidak melenakan pandangan laki-laki , tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki dan tidak menjadi buah bibir orang.

Wahai muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir-akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah , memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang ataupun mewarnakan kuku yang bisa menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak keabsahannya. Sungguh menyedihkan kerana hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab.

Dan kepada para muslimah yang istiqomah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syariat Allah

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) “(QS Al Hadid: 16)

BE A GOOD MUSLIMAH, INSYA'ALLAH


~~~~~Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia~~~~~







I LUV ISLAM
Baca seterusnya..



P/s: Ambillah iktibar daripada cerita ni samaada kepada kaum hawa mahupun kaum adam. Also credit to syahmir for this video.
Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign