Assalamualaikum..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Hari ini adik saya cakap ada keluaran SN palsu lagi. Sesiapa yang tidak tahu SN tu apa dia, boleh lah click di sini. Then, saya pun buka lah myK and baca SN tu.

Hahahahaha... http://www.emocutez.com Kalau penulis tu ada depan saya, nak jek cakap kat dia " Lawaklah awak ni. Boleh dah masuk maharaja lawak ni.." Tapi malangnya, dia takde pulak depan saya, Rugi-rugi.. Tak dapat dengar pujian yang mantoppp dari saya.

Sebagaimana yang kita tahu, politik di Malaysia ni ada yang dikatakan sebagai pro-kerajaan dan anti-kerajaan walhal itu semua tidak patut ada pada dan tidak pernah ada dalam politik Islam. Tapi, disebabkan politik sekuler yang diagungkan dan digunapakai oleh ummat sekarang, inilah natijahnya. Ummat Islam bergaduh sesama sendiri dan yang bertepuk tangan si kafir laknatullah di Amerika nun disana tu dan tidak dilupakan juga syaitan disekeliling. Itulah kejayaan sistem kapitalis yang mendunia sekarang ini. Tapi jangan harap ia akan kekal selamanya. Sistem taghut ini hanya menunggu masa sahaja untuk dihancurkan dan digantikan dengan sistem khilafah. InsyaAllah.

Jadi, selepas habis baca SN palsu tu dan habis gelak, saya ada penafsiran saya sendiri tentang siapakah dalang disebalik SN ini. Anda mungkin ada tafsiran anda sendiri. Sama-samalah kita menafsir ya.

Disebabkan politik sekuler ni, orang sanggup memainkan ayat Allah, menaburkan fitnah, membuat penganiyaan dan sebagainya asalkan matlamat yang diinginkan tercapai. Itulah keberkesanannya akidah sekuler ini meresap masuk ke dalam hati-hati ummat sekarang. Matlamat menghalalkan cara sudah menjadi qiyadah fikriyyah (landasan berfikir) bagi mereka. Astaghfirullahhala'dzim.. Moga Allah masih sudi memberi petunjuk dan melapangkan dada-dada mereka untuk melihat kebenaran yang hakiki.

Mungkin, si penulis SN palsu ini berasa insaf disaat-saat akhir beliau menulis ketika mana dibait-bait yang terakhir dia menulis sepotong ayat Al-Quran untuk direnung bersama yang berbunyi,

"Hai orang-orang yang beriman,jika datang kepadamu orang-orang fasik membawa satu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu" [TQS Al-Hujrat:6]

Terima kasih untuk si penulis ini, kerana masih lagi memberi peringatan kepada ummat Islam untuk menyelidik dahulu apa-apa yang disampaikan oleh orang-orang fasik dan termasuklah juga SN yang ini. Moga Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan menjadi pejuang Allah di jalanNya sebagaimana Allah membuka pintu hati Saidina Umar Al-Khatab dan para sahabat yang lain. Amien..

Wallahu'alam..
Baca seterusnya..

Assalamualaikum.. http://www.emocutez.com

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ad-deenunasihati
yang membawa maksud, agama itu adalah nasihat.

Sebagaimana dengan firman Allah SWT dalam surah Al-'Asr, surah yang ke 103 yang bermaksud,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."


Jadi, saya pasti jelas bagi kita semua ya bahawa tidak ada membawa satu kesalahan pun untuk kita menegur atau memberi nasihat kepada sesiapapun dalam mana hal yang kita nasihati itu tidak melanggar hukum-hukum Allah. Malah hukumnya juga menjadi wajib bagi kita untuk mendakwahkan pada sahabat-sahabat tentang kebenaran, dan berdosa bagi kita menyembunyikan kebenaran itu walau sekecil zarah sekalipun.

Tapi, apa yang ingin saya bicarakan disini adalah dalam mana kita hendak berdakwah atau menegur seseorang itu, perlulah dengan hemahnya. Sifat mahmudah ini perlu ada pada setiap penda'ie khasnya dan semua hamba Allah umumnya sebab kadang-kadang kerana mulut boleh membawa kebinasaan kepada dakwah yang ingin disampaikan sekaligus peribadi muslim itu sendiri.

Dalam situasi kita mendekati mad'u(orang yang ingin didakwah), perlu ada kelembutan disebalik ketegasan. Bukan dengan cara paksaan atau sebagainya. Lembut disini bukan bererti sehingga kita mengikut telunjuk mad'u, tetapi lembut dari aspek gaya bahasa, panggilan bagi mad'u dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dakwah sesama muslimah yang mana kita tahu jiwa muslimah sangatlah sensitif. Hatinya boleh terikat hanya dengan kata-kata yang indah disamping kebenaran yang dibawa. Tetapi ini tidak bermakna dakwah sesama muslimin boleh menggunakan kata-kata kesat . Jagalah perkataan kita semua walaupun dakwah yang dibawa tu ditolak oleh mad'u itu.

Dalam situasi kita menasihati sahabat seperjuangan kita, bilamana kita melihat dia seolah-olah melanggar syari'at, perkataan juga perlulah dijaga. Sedangkan bila bercakap face to face pun akan ada yang terasa hati apatah lagi bila menegur dialam maya ini. Lagilah banyak syaitan yang menghasut dihati-hati ini. Saya tekankan lagi disini perlu ada HEMAH ya kawan-kawan.. ^_^ Syaitan banyak mainkan peranan apabila kita berbicara mengikut emosi. Jadi, hindarkanlah kita berbicara mengikut emosi semata. Memang kadang-kadang hati tu menggelodak bila ada yang cuba membangkang kata-kata kita. Sebab tu memang fitrah manusia yang Allah ciptakan berserta dengan gharizatul baqa'(naluri survival). Rasa nak mempertahankan pendirian kita. Tapi, cuba sebelum jawab balik tu, tarik nafas panjang-panjang then senyum.. http://www.emocutez.com Yang paling penting baca basmallah dan jawab menurut ilmu. Kekalkan http://www.emocutez.com .Hati kita sendiri pun akan sejuk bila kita http://www.emocutez.com walaupun mungkin akan menyakitkan hati pihak sana. ngeh3.. http://www.emocutez.com Kalau ada juga yang sakit hati tu tak tahu lah nak cakap apa. Mungkin depa ada penyakit hati lah kot..

Itulah saja coretan saya dan apa yang saya rasa, mungkin ada yang silap harap maafkan saya yang cetek ilmu ini. Coretan ini juga buat diriku jua yang sering alpa. Wallahhu'alam..


Baca seterusnya..




Assalamualaikum..

Analisis di antara BERSIH 2.0 dengan KHILAFAH 2.0 mendapati bahawa kesamaan di antara keduanya cuma pada nombornya sahaja iaitu akan terjadi buat kedua kalinya.

Namun begitu, BERSIH 2.0 belum benar-benar pasti akan terjadi tetapi sebaliknya KHILAFAH 2.0 (buat kedua kalinya) benar-benar akan terjadi bersandarkan hadis -

"..Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam." [Hadis Riwayat Ahmad]

Selain itu, jelas sekali usaha tuntutan-tuntutan himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) adalah untuk mempromosikan sistem demokrasi warisan penjajah iaitukebebasan bersuara. KHILAFAH 2.0 pula mempromosikan sistem khilafah warisan Rasulullah SAW iaitu akan melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan.

Hak bersuara untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik menyebabkan ramai yang menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.

BERSIH 2.0 telah menjemput semua rakyat di Malaysia yang berminat untuk menghadiri dan meluahkan pandangan-pandangan mereka di Majlis Pelancaran Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 19 Jun 2011 yang lepas.

8 tuntutan BERSIH 2.0 secara terperinci adalah seperti berikut :-

  • Bersihkan senarai undi
  • Mereformasikan undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media bebas dan adil
  • Masa berkempen minima 21 hari
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
  • Bersihkan Pilihanraya
  • Kembalikan hak rakyat

Perbezaan yang lainnya di dalam KHILAFAH 2.0 dengan BERSIH 2.0 ada empat asas perlu diperhatikan iaitu:-

  • Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
  • Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih pemimpin dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
  • Wajib mengangkat satu pemimpin sahaja di dunia Islam.
  • Hanya pemimpin (Khalifah) yang berhak memutuskan hukum syara’.

Tuntutan di dalam KHILAFAH 2.0 kepada pemerintah Islam yang bertanggungjawab kepada umat secara terperinci adalah seperti berikut :-

PERTAMA : Memelihara Keturunan.
Antara langkah-langkah praktiknya: Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan; Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya; Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina.

Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.

KEDUA : Memelihara Akal.
Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya; Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah; Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah; Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut.

Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.

KETIGA : Memelihara Kehormatan.
Hal ini diatur dengan; Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah; Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan; Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan.

Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.

KEEMPAT : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.

Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.

KELIMA : Memelihara Harta.
Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat.

Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.

KEENAM : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.

KETUJUH : Memelihara Keamanan.
Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.

KELAPAN : Memelihara Negara.
Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.


Semoga KHILAFAH 2.0 akan segera terlaksana buat kedua kalinya agar syariat Islam dapat dilaksanakan dan diterapkan secara keseluruhan.

Kebangkitan KHILAFAH 2.0 semakin dekat dan umat Islam perlu bersedia untuk menerimanya dan berusaha untuk mendirikannya.

Baca SN tebaru disini.

Wallahu a'lam.


credit to [muslim generation]
Baca seterusnya..

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tarikh keramat 26 Jun 2011 akan tersemat di ingatanku. Pekikan takbir yang bergema di dalam Auditorium Abu Zarim Integrated Learning Solution (ILSAS), UNITEN akan sentiasa terngiang-ngiang dicuping telingaku. Semangat seluruh ummat pada hari itu akan sentiasa ku bakar dan ku jadikan pendorong untuk lebih bersemangat dalam berjuang demi Deen-Mu yang mulia ini. Kehadiran ummat yang diluar jangkaan itu, merupakan satu nikmat dan anugerah Allah yang tidak terhingga ku rasakan. Satu balasan bagi Allah untuk hamba-hambanya yang tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa. Semuanya kerana semua pejuang-pejuang agamamu ini sudah mengetahui dan memahami erti sebenar kehidupan di dunia ini sebagaimana firmanMu Ya Allah..

"Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanya permainan dan senda gurau semata. Sedangkan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" [QS 6:32].

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Namun, darah dan semangat perjuangan ini tidak akan terhenti setelah tamatnya 3K, kerana itu bukan matlamat kami. Semangat perjuangan ini akan terus mengalir dalam diri-diri kami sehinggalah tertegak kembali Daulah KHILAFAH walhal semangat ini juga akan terus bersemadi dalam jiwa-jiwa yang cintakan dan dambakan syurga-Mu sehinggalah terhembusnya nafas yang terakhir, insyaAllah. Untuk mengetahui keadaan yang sebenar semasa program 3K berserta gambar-gambar, bolehlah klik disini.

Jadi, sukalah saya disini untuk menjemput sahabat-sahabat yang berkunjung di blog saya yang serba kekurangan ini untuk menghadiri majlis ilmu sekaligus menjadi salah seorang pengunjung ditaman syurga ini. Butirannya seperti yang tertera di bawah:


________________________________________________________________________________________

Jemputan Ke SEMINAR MUSLIMAH :"PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PKRS) : Tindakan Sesaat Atau Penyelesaian Yang Tepat?"
Tarikh: 10 JULAI 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Masjid Al-Syakirin,
Km 9, Jalan Gombak,
53100, Kuala Lumpur

Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma








Baca seterusnya..

Baca seterusnya..

Bismillahhirrahmanirrahim..


Saya mulakan penulisan ini dengan kalam yang sangat indah dan terpuji. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hurm.. Lama dah tidak menggerakkan jejari untuk menulis dalam blog ni. Sambil-sambil baca entry saya kali ni, sukalah saya disini untuk memperdengarkan pada kamu semua dengan satu alunan zikir yang sangat menteramkan hati bila mendengarnya, insyaAllah.. =) Sebenarnya tujuan saya hanya nak sampaikan atau nak kongsi dengan kawan-kawan satu hadis yang boleh membuatkan air mata orang-orang yang berfikir menitik. Bukan niat untuk menakutkan tapi inilah hakikat hidup sebagai hamba Allah.

Dari Hadis Abu Hurairah diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai', ia berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

" Yang pertama kali akan diadili di hari kiamat adalah orang yang gugur syahid. Kemudian ia di bawa kehadapan Allah, dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apakah yang engkau lakukan di dunia?" Orang itu berkata, "Aku telah berperang keranaMu hingga aku syahid." Allah berfirman, "Engkau berdusta. Sebenarnya engkau berperang kerana ingin dikatakan sebagai pemberani dan hal itu telah dikatakannya". Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya, maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka. Kemudian orang yang mempelajari dan mengajarkan ilmu serta membaca Al-Quran. Lalu ia dibawa ke hadapan Allah, dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apa yang engkau lakukan di dunia?" Orang itu berkata, "Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya, aku pun membaca Al-Quran keranaMu. Allah berfirman, "Kamu berdusta. Sebenarnya kamu mempelajari ilmu kerana ingin dikatakan sebagai seorang yang alim. Kamu baca Al-Quran kerana ingin dikatakan sebagai Qari dan semua itu telah dikatakannya." Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya. Maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka. Kemudian orang yang diberi keluasan oleh Allah dan diberi kurnia bermacam-macam harta. Lalu ia dibawa ke hadapan Allah dan Allah memberitahukan kenikmatan kepadanya, maka ia pun mengetahuinya. Allah berfirman, "Apa yang engkau lakukan didunia?" Orang itu berkata, "Tidak ada satu jalan pun yang Engkau sukai untuk berinfak dijalan itu kecuali aku menginfakkan hartaku keranaMu" Allah berfirman, "Kamu berdusta. Sebenarnya kamu melakukan itu semua kerana ingin dikatakan sebagai dermawan, dan semua itu telah dikatakan." Kemudian Allah SWT memerintahkan untuk membawanya. Maka orang itu diseret di atas wajahnya hingga dilemparkan ke neraka."

Ha.. Macam mana? Faham kan dengan hadis ni. InsyaAllah hadis ini saya rasa mudah untuk difahami.

Pernah tak rasa frust sesangat. Frust tahap gaban lah orang kata. Sampai dah tak boleh fikir dengan waras. Senang citer macam dah tak boleh nak terima kenyataanlah. Cuba check and balance diri kita ni dengan kata lain muhasabah diri kita. Bukan apa, manusia ni kan sifat nya mudah lalai dan leka. Mudah lupa dari mana kita datang dan kemana kita kembali. Sebab itu kita perlukan seseorang untuk sentiasa ingatkan kita pada Allah dengan mencari sahabat-sahabat yang mendekatkan diri kita pada Allah. Sahabat tu kan mencerminkan diri kita. Betul dop?? Dan satu lagi sentiasalah menghadirkan diri dalam kelas-kelas ilmiah. Ketepikan ego dalam mencari ilmu Allah sebab yang ingin dicari adalah ilmu Allah, redha Allah bukan redha manusia dan bukan jua pandangan manusia. Fikir-fikirkanlah....

Konklusinya disini buatlah sesuatu pekerjaan itu hanya kerana Allah..kerana Allah dan kerana Allah semata.. Peringatan buat diri ini yang sering leka dan lalai jua.. Wallahhu'alam..

Kerna ku kasih, kusampaikan
Kerna ku benci, kusampaikan
Kerna Allah ku benci dan kasih..




Baca seterusnya..

Mereka bertanya tentang kehidupan
Inginku ceritakan tentang kematian
Ia adalah GURU
yang mengajarku
erti kebangkitan dan perjuangan...


Mereka bertanya tentang kesenangan
Inginku ceritakan tentang kepayahan
Ia adalah TEMAN kehidupan
yang mengajarku
erti kegigihan dan keazaman...



Mereka bertanya tentang keseronokan
Inginku ceritakan tentang kesedihan
Ia adalah PEMBIMBING setia
yang mengajarku

erti kesedaran dan kecukupan...






Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign