Baca seterusnya..

Assalamualaikum.. 

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menggerak kan jejari ni untuk menulis entri yang terbaru walaupun banyak kekangan dari segi laptopnya dan masa. Kali ni saya nak utarakan sikit pandangan saya mengenai isu yang digembar gemburkan di arena politik kini. Isu HUKUMAN HUDUD. Kenapa dengan isu ni??. JOm sama-sama kita baca paper BH hari ni.

GERAKAN tolak pelaksanaan Hudud
2011/09/23

KUALA LUMPUR: GERAKAN akan menentang sebarang usaha untuk melaksanakan Hudud atau undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan, kata timbalan presidennya, Datuk Chang Ko Youn.

"Kita adalah sebuah negara dengan majoritinya orang Islam tetapi dengan penduduk bukan Islam minoriti yang penting. Struktur asas perlembagaan kita memelihara kepelbagaian ini dan sebab itu kenapa undang-undang punitif adalah sekular dan terpakai kepada semua orang.
"Kita tidak boleh mempunyai satu undang-undang yang berbeza bagi setiap seksyen masyarakat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Dilaporkan, anggota pakatan pembangkang bertelagah berhubung pelaksanaan hukum Hudud.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bahawa hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini sehingga keadaan negara amat kondusif bagi memastikan kemananan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dulu. - BERNAMA 

sumber: BH online 

 Ulasan saya adalah:

1) Hudud atau undang-undang teokratik  bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan    perlembagaan
Ya. Memang hukuman hudud bertentangan dengan perlembagaan Malaysia SEBAB hukuman hudud datangnya dari Allah. Hukuman hudud adalah syari'at Allah yang wajib bagi seluruh ummat MANUSIA untuk laksanakan. Tapi, perlembagaan Malaysia bukan datangnya dari wahyu Allah, tapi dari pemikiran-pemikiran Lord Reid dan sekutu-sekutunya. Lord Reid bukan seorang yang muslim apatah lagi seorang mukmin, tapi dia adalah orang kafir dan musuh Allah. Persoalannya, wajarkah kita katakan hukuman hudud  bersesuaian dengan perlembagaan/sistem yang ada sekarang ini??

2)Struktur asas perlembagaan kita memelihara kepelbagaian ini dan sebab itu kenapa undang-undang punitif adalah sekular dan terpakai kepada semua orang
Ini merupakan satu pengakuan dari penganut-penganut sekular. Sistem yang ada sekarang memang sekuler!! Silapnya kenyataan ini ialah undang-undang ini bukan terpakai kepada semua orang tetapi hanya terpakai bagi mereka yang berani menentang Allah dan berani mensyirikkan Allah kerana beriman dengan selain hukum Allah (hukum taghut) adalah syirik!! Berlainan dengan struktur asas undang-undang dalam Daulah Khilafah adalah berasaskan aqidah bukannya memelihara kepelbagaian masyarakat majmuk. Apabila undang-undang Islam dijalankan secara syumul, segalanya berjalan dengan lancar termasuklah perpaduan antara masyarakat majmuk akan terpelihara. Sejarah Rasulullah dah membuktikan malah kemaslahatan orang non-muslim pun terjamin dalam sistem Daulah Khilafah.

3)Kita tidak boleh mempunyai satu undang-undang yang berbeza bagi setiap seksyen masyarakat
Tepat sekali!! Undang-undang masyarakat mestilah sama. Tidak boleh dibeza-bezakan. Tapi, undang-undang itu, bukanlah undang-undang SEKULAR seperti yang ada kini!! Undang-undang itu adalah undang-undang Islam kaffah!! Dalam sistem Daulah Khilafah, umat mempunyai satu pemikiran, satu peraturan dan satu perasaan serta satu pemimpin.

4) Hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini sehingga keadaan negara amat kondusif bagi memastikan kemananan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dulu
Hukum Allah bukanlah hukum yang berubah mengikut peredaran masa. Hukum Allah tidak boleh dijadikan objek yang mengikut hala tuju peredaran masa. Hakikatnya hukum Allah adalah hukum yang kekal sepanjang zaman. Malah sepatutnya masa dan keadaan yang perlu mengikut dan disesuaikan dengan hukum Allah.

KHATIMAH
Hakikatnya, hukum Allah tidak akan pernah berjaya dijalankan jika sistem pemerintahan ini masih lagi bertuhankan sistem taghut.Ketidak adilan akan nampak jelas jika hukum-hukum Allah dicampur adukkan dengan hukum-hukum sekular. Kemudian Islam akan dicop sebagai agama yang tidak adil.  Malah perkara itu dilarang secara keras oleh Allah. 

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan. dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, Sungguh ia musuh yang nyata bagimu." [QS Al-Baqarah:208]

Punca permasalahan ini datangnya dari akar pemerintahan. Sudah tiba masanya kita semua sedar akan hal ini.Sedar akan pentingnya seorang khalifah bagi kita ummat Islam  untuk menjalankan hukum-hukum Allah kerana seorang Khalifah itu merupakan pemimpin dan perisai bagi kita semua. Jalankan hukum Allah itu bukan secara berperingkat (tadarruj), tetapi secara revolusi (keseluruhan) dari sekecil-kecil perkara  hinggalah ke sebesar-besar perkara.   Mendirikan daulah dan berusaha  ke arah itu merupakan satu kewajipan bagi kita sebagaimana wajibnya kita mendirikan solat. Malah dosa meninggalkan kewajipan ini sama sahaja sebagaimana dosa kita meninggalkan kewajipan-kewajipan yang lain.

Firman Allah SWT lagi:
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang menyakini (agamanya)?" [QS al-Mai'dah : 50]

Try to ask ourself with this question:
That Islam demands the establishment of  an Islamic goverment (KHILAFAH) and if you don't agree what kind of muslim are you?? Seriously KHILAFAH is only the matter of  time!!!

Wallahu'alam..
Baca seterusnya..

Hanya dengan sedikit fakta tentang Mat Indera yang disentuh oleh Mat Sabu mengenai isu perjuangan kemerdekaan di dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Timbalan Presiden PAS itu sehingga kini masih teruk ‘dibelasah’ oleh UMNO dan para penyokongnya. Sudah tiga minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana untuk menghentam Mat Sabu habis-habisan, yang hakikatnya telah menambahkan lagi populariti pemimpin nombor dua PAS itu. Bermula dengan isu Mat Sabu sokong Mat Indera dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong, kemudian berkembang menjadi isu Mat Sabu sokong komunis, kemudian berkembang lagi menjadi isu PAS sokong komunis. Disusuli selepas itu dengan isu fakta sejarah negara yang diberi amaran oleh UMNO agar tidak diubah oleh PAS. Kali ini, UMNO nampaknya mengerahkan seluruh kekuatannya dari Perlis hingga ke Johor untuk men’diskredit’kan Mat Sabu yang disifatkan sebagai ayam sabung PAS itu. Pendek kata, selagi ada peluru, walau sekecil mana sekalipun, selagi itulah UMNO terus menembak musuhnya itu. Mat Sabu, disamping mengemukakan pelbagai bukti dan hujah untuk mempertahankan pendapatnya, dalam masa yang sama menganggap bahawa isu ini sengaja diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup segala kepincangan parti Melayu terbesar itu sekaligus mengalihkan isu ‘pilihanraya bersih’ yang diperjuangkan oleh PAS dan beberapa NGO lainnya. Dari isu ini juga, UMNO nampaknya cuba menyerlahkan ‘kebaikan’nya dengan terus memuji dan mempertahankan bekas polis dan tentera beserta keluarga mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong yang selama ini tidak pernah diambil peduli pun.

Setelah segala berita dan putarbelit dimainkan untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Timbalan Presiden PAS itu dengan menuduh beliau menyokong perjuangan komunis, UMNO nampaknya masih belum berpuas hati kerana masih ada isu yang belum mereka jawab iaitu berhubung dakwaan Mat Sabu bahawa pemimpin awal UMNO dan juga pasukan keselamatan yang bertugas di Bukit Kepong adalah mereka yang berkhidmat di bawah penjajah British. Dalam menjawab isu ini, Majlis Profesor Negara (MPN) dilibatkan untuk menolak dakwaan bahawa anggota polis dan pemimpin negara seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman di zaman pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai ‘polis British’ atau ‘pegawai British’. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling tiba-tiba muncul di arena dan membuat satu pengisytiharan mengejutkan bahawa, meskipun British mengetuai seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British! Menurutnya, Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya termasuk institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadikan semua pegawainya adalah pegawai Tanah Melayu dan bukannya pegawai British. “Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang anggota polis maka mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu, meskipun ianya diketuai oleh Pesuruhjaya British,” katanya. Ini berdasarkan perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Sultan Perak dengan pentadbir British pada tahun 1874 di mana dipersetujui bahawa Tanah Melayu sebagai ‘protectorate’ (tanah naungan dan lindungan), tegas Zainal [UM 10/09/11]. Nah! Kita menyaksikan kini satu peristiwa baru yang amat bersejarah telah tercipta di Malaysia, yang bakal menukar sejarah hitam Malaysia selama ini menjadi putih, bahawa sebenarnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, malah British adalah negara ‘penaung dan pelindung’ Tanah Melayu!!!

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah?

Serangan terbaru ini merupakan kesinambungan dari serangan bertubi-tubi tanpa henti UMNO ke atas orang nombor dua PAS itu, di mana polemik ini bukan sahaja telah memuakkan rakyat, malah kini telah masuk ke tahap tak masuk akal dan menjadi bahan ketawa!Semua ini angkara keangkuhan UMNO yang tidak mahu mengaku bahawa para pemimpin awal mereka yang selama ini dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, hakikatnya adalah merupakan orang yang berkhidmat untuk British! Sautun Nahdhah dalam siri ke-84 (tahun 2006) yang bertajuk “Erti Sebuah Kemerdekaan” telah pun mengungkap tragedi Bukit Kepong yang merupakan serangan oleh sepasukan komunis terhadap polis yang berkhidmat di bawah British. Seribu satu persoalan telah dan boleh diajukan kepada MPN dengan kenyataan amat naif yang telah dikeluarkan itu, yang hakikatnya telah menjatuhkan kredibiliti MPN di mata orang-orang yang berfikir. Soalan pertama yang seharusnya dijawab oleh Zainal ialah, kenapa baru sekarang beliau mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Kenapa selama puluhan tahun menjadi profesor, beliau tidak pernah mendedahkan hal ini kepada umum? Atau mungkin lebih baik beliau mengaku sahajalah bahawa kenyataan ini sebenarnya adalah sebuah “kenyataan politik”, bukannya kenyataan akademik, yang dikeluarkan kerana adamya sebuah keperluan. Ramai pihak sebenarnya menuntut jawapan dari Zainal dalam hal ini, kerana jika benar kita tidak pernah dijajah, maka tidak timbul soal kita ‘merdeka’! Bagaimana mungkin boleh ada kemerdekaan jika tidak ada penjajahan? Kemerdekaan dari siapakah yang disambut besarbesaran oleh kerajaan setiap tahun pada 31 Ogos, jika British tidak pernah menjajah Tanah Melayu? Bukankah Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Commonwealth yang mana Commonwealth hakikatnya adalah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British? Kenapa ada istilah ‘pejuang kemerdekaan’? Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, maka ini bermakna kita tidak sepatutnya ada pejuang kemerdekaan, malah para pemimpin UMNO yang dijulang selama ini sebagai ‘pejuang kemerdekaan’ merupakan satu fakta yang salah. Gelaran ‘Bapa Kemerdekaan’ yang telah diberi kepada Tunku Abdul Rahman juga sebenarnya adalah gelaran sia-sia yang tidak seharusnya
wujud. Malah, kematian Tok Janggut dan ramai lagi yang berjihad menentang British, kesemuanya adalah sebuah kebodohan dan kematian sia-sia kerana mereka mati menentang orang yang datang untuk menaungi dan melindungi kita!!! Lebih naif, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya itu merujuk kepada Perjanjian Pangkor untuk menegakkan pendapatnya dengan mengatakan bahawa di dalam perjanjian tersebut British tidak pernah menyatakan bahawa mereka ingin menjajah tetapi ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘the protected Malay State’ atau disebut sebagai ‘protectorate’ (negeri naungan dan lindungan). Persoalannya, mestikah ada perjanjian bertulis dari penjajah (dan dipersetujui oleh pihak yang dijajah) yang mengatakan bahawa “kami dengan ini menjajah kamu”, barulah sesebuah negara itu ‘sah’ dikatakan dijajah? Adakah wujud penjajah ‘sebaik’ ini yang akan buat perjanjian terlebih dahulu sebelum menjajah, dan tidak akan menjajah sesebuah negara jika negara tersebut tidak bersetuju? MPN nampaknya macam sebuah badan yang langsung tidak cerdik untuk memahami kelicikan kuffar British selaku musuh Islam di dalam menjajah Tanah Melayu sebagai salah sebuah tanah umat Islam.

Penjajah British Yang Licik

Sesungguhnya British adalah negara penjajah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Sewaktu zaman keemasannya, British telah menjajah puluhan negara umat Islam, baik di Asia Barat, Asia Tengah mahupun Asia Tenggara. British adalah negara penganut dan pengembang ideologi Kapitalisme. Orang yang buta sekalipun mengetahui bahawa musuh utama ideologi Kapitalisme adalah ideologi Islam dan juga ideologi Sosialisme/Komunisme. Tiga ideologi di dunia ini adalah ideologi yang saling bertentangan antara satu sama lain dan saling cuba menguasai di antara satu sama lain. British, sebagai salah sebuah negara di Eropah yang rata-rata penduduknya terdiri dari penganut agama Kristian, sememangnya telah memusuhi Islam sejak sekian lama. Dendam kesumat mereka terhadap umat Islam sejak Perang Salib tidak pernah padam. Namun, kesan dari Perang Salib dan lain-lain peperangan mengajar mereka bahawa umat Islam amat sukar untuk dikalahkan di dalam peperangan fizikal. Oleh kerana itulah mereka telah menukar serangan mereka ke dunia Islam dengan melakukan serangan pemikiran dan antara serangan pemikiran yang telah memberi kejayaan besar kepada mereka ke atas dalam dunia Islam adalah serangan assabiyyah (bangsa) dan wathaniyyah (tanahair). Dari segi sejarah, penjajah kuffar Britsih telah berjaya menjajah negara Islam satu per satu setelah sebelumnya mereka sebarkan dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah yang menyebabkan umat Islam berpecah. Di waktu umat Islam berada di bawah kesatuan Negara Khilafah dan di bawah kepimpinan seorang pemimpin (Khalifah), puak kuffar British ini menusukkan jarum assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam diri setiap Muslim agar cintakan bangsa dan tanahair masingmasing. Di zaman Khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah inilah, British telah berjaya menumbuhkan kebencian bangsa Arab terhadap bangsa Turki dan sebaliknya. Akhirnya British berjaya menggerakkan kekuatan Arab untuk menentang Khilafah di Turki yang menyebabkan berlakunya peperangan sesama Muslim atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah di mana umat Islam ketika itu ‘ingin merdeka’ dan memerintah tanahair sendiri. Perasaan ingin merdeka ketika itu hakikatnya adalah kemerdekaan yang diingini oleh umat Islam dari Daulah Khilafah. Inilah yang diingini dan dirancang oleh British dengan licik. Ringkasnya, dengan bantuan British, satu demi satu tanah umat Islam telah ‘merdeka’ (terlepas) dari kesatuan Khilafah yang mana akhirnya British dapat masuk menjajah dengan mudah. Setelah satu demi satu tanah Islam terkeluar dari Daulah Khilafah, tanah-tanah Islam ini akhirnya diperintah secara langsung oleh British dengan menerapkan undang-undang kufurnya dan Negara Khilafah yang tersisa menjadi
semakin kecil dan lemah. Perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang telah ditanam oleh British inilah antara penyebab kepada runtuhnya Daulah Khilfah dan dengan kehancuran Daulah Khilafah, kerja British untuk memusnahkan kekuatan umat Islam menjadi lebih mudah. Kuffar
penjajah ini kemudiannya melantik dan melatih pemimpin dari kalangan umat Islam untuk menjadi ejennya, yang memerintah dengan cara yang mereka kehendaki (sekular) dengan mencampakkan kesemua hukum-hukum Allah dari pemerintahan negara. Mereka melatih, menjaga, mendidik dan membesarkan ejen-ejen ini sehingga mereka benar-benar berpuas hati bahawa pemimpin ini akan pasti mengikuti telunjuk dan ‘menyembah’ mereka dari satu generasi ke satu generasi dan ke generasi seterusnya. Setelah yakin bahawa para pemimpin ini akan memerintah dengan sistem kufur yang mereka ajarkan dan setelah yakin para pemimpin ini tidak akan menyatukan semula umat Islam di bawah kesatuan Khilafah, maka satu per satu tanah jajahan ini ‘dimerdekakan’ oleh British. Tanah Melayu juga tidak terkecuali dari kelicikan yang sama dilakukan oleh kuffar British ini.

Antara Hak Dan Batil

Di antara kelicikan penjajah British adalah ‘mengangkat’ para pejuang assabiyyah dan wathaniyyah sebagai hero sehingga setiap orang Islam berebut-rebut ingin menjadi atau termasuk ke dalam kategori ‘pejuang bangsa dan tanahair’. British tidak akan membunuh para ‘pejuang bangsa’ ini kerana inilah yang dikehendaki oleh British, yakni lahirnya seramai mungkin pejuang bangsa dan tanahair. Tetapi British akan membunuh ‘pejuang Islam’ seperti Tok Janggut dan lain-lain kerana pejuang Islam adalah musuh British. Begitu juga dengan pejuang komunis, akan dibunuh oleh British kerana komunisme adalah musuh kapitalisme. Ringkasnya, sesiapa yang menentang British atas nama bangsa dan tanahair, akan ‘diredhai’ oleh British dan dilayan dengan baik, tetapi sesiapa yang menentang British atas nama Islam (atau Komunisme), akan diperangi oleh British. Kerana itulah kita menyaksikan bahawa nama-nama pejuang bangsa dan tanahair seperti Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain ‘diangkat’ oleh British, manakala nama-nama pejuang Islam (dan pejuang Komunis) dianggap sebagai pengkhianat oleh British. Justeru, tidak hairan sekiranya kita melihat UMNO menjulang para pejuang bangsa dan tanahair kerana itulah hakikat perjuangan UMNO, yang telah terbius dengan didikan dari British selaku bekas tuannya. Dan tidak hairan juga sekiranya kita melihat pemimpin UMNO (melalui
pasukan polis) memantau, menangkap dan memenjarakan para pejuang Islam yang berdakwah ingin menegakkan Islam di Malaysia, kerana inilah juga didikan British yang telah dicerap oleh UMNO sejak sekian lama yakni agar UMNO kekal sebagai pejuang sekularisme dan memusuhi Islam serta para pejuang Islam. Kerana masih terpengaruh dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah, kita menyaksikan percakaran yang berlaku di antara UMNO dan PAS sekarang hanyalah seputar isu siapakah pejuang bangsa dan tanahair. Perbalahan mengenai siapakah hero kemerdekaan negara yang sebenar, yang panas sejak tiga minggu lepas, adalah satu perbalahan
yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam, bahkan tidak menguntungkan Islam sedikitpun. Baik Mat Indera mahupun Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain (yang dikategorikan sebagai nasionalis kiri dan kanan), selama mana mereka berjuang atas nama bangsa dan tanahair, maka ini bukanlah satu perjuangan Islam dan merupakan satu perjuangan yang tidak perlu diperbalahi atau diangkat atau dibangga-banggakan. Ini kerana berdasarkan Al-Quran dan Al- Hadis, perjuangan bangsa dan tanahair ini merupakan sebuah keharaman yang jelas lagi nyata! Sabda Nabi SAW,

“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah, orang yang berperang kerana assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan)
assabiyyah” [HR Abu Dawud].


Malaysia sebenarnya tidak pernah merdeka dalam ertikata yang sebenar. Kemerdekaan Malaysia daripada British hanyalah kemerdekaan dari kehadiran tubuh badan orang-orang kafir British, namun hakikatnya pemikiran, sistem dan undang-undang kufur British masih tertancap kuat dan dalam, di dalam pemikiran para pemimpin diMalaysia. British menjajah Tanah Melayu dengan menyebarkan ideologi kufur mereka dan sehinggalah ke hari ini, kita menyaksikan betapa undang-undang dan sistem pemerintahan di negara kita hakikatnya saling tidak tumpah dengan undang-undang dan sistem pemerintahan British, sama-sama diasaskan kepada ideologi Kapitalisme yang bertentangan dengan Islam. Perlembagaan yang digubal oleh si kafir Lord Reid yang masih dipegang kukuh, ditaati baik oleh pemerintah mahupun pembangkang merupakan bukti betapa pemikiran, undang-undang dan sistem kufur masih menebal di dalam pemikiran sebahagian besar pemimpin dan umat Islam di Malaysia. Justeru, semua perbalahan yang sia-sia ini harus ditinggalkan segera dan kesemua pihak harus kembali kepada perjuangan Islam!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kalau kita mengambil kira pandangan MPN, nampaknya, kerajaan Malaysia kena memohon maaf kepada British di atas keceluparan selama ini yang menuduh British sebagai penjajah. Mungkin Dr. Zainal seharusnya menjadi orang yang pertama memohon
maaf kepada British di atas keterlanjuran kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia selama puluhan tahun lamanya menuduh British sebagai penjajah. Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia juga seharusnya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada British kerana mereka sebenarnya datang ke Tanah Melayu bukan untuk menjajah, sebaliknya adalah untuk menaungi dan melindungi kita! Ya, British telah datang ke Tanah Melayu untuk ‘menaungi dan melindungi’ Tok Janggut dengan cara menyeksa dan membunuh pejuang Islam ini. British datang ke Tanah Melayu dan ‘menaungi’ kita dengan ideologi kufur mereka, dengan undang-undang dan sistem kufur mereka dan mereka memastikan yang pemimpin Tanah Melayu, setelah peninggalan mereka, tetap menaungi kita dengan undang-undang dan sistem kufur yang sama. British datang ke Tanah Melayu dan telah ‘melindungi’ para pemimpin dan penduduk Tanah Melayu daripada Islam sehingga para pemimpin ini langsung tidak nampak Islam sebagai cara hidup untuk mengatur negara. Inilah naungan dan perlindungan yang telah diberikan oleh kuffar British kepada kita di Malaysia! Justeru, patutkah kita menghadiahkan kepada British sebuah ‘kesyukuran’ di atas ‘jasa baik’ British selama ini yang telah ‘menaungi dan melindungi’ kita semua dengan kekufuran mereka?
Baca seterusnya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur pada Allah, atas nikmat Islam, iman, sihat dan pelbagai lagi. Lama sungguh saya tak menulis di ruangan ni. Ceh, macam banyak tempat jek kan menulis. Hurm, diam tak diam, dah 4 bulan masa berlalu sejak saya cuti sem dulu. Dalam masa 4 bulan ni macam-macam benda jadi. Tulah.. Segalanya dalam pengetahuan Allah kan, saya sebagai hambanya, saya redha dan pasrah pada ketentuanNya. Sekarang ni dah nak masuk sem baru. Kalau kat FB tu ramailah kawan-kawan yang update status kononnya taknak balik lah. Cakap jek tu, last2 ada jugak muka masing-masing kat u tu. Yelah, nak tak nak, study kena settlekan dulu, barulah nak fikir pasal kerja ke, kahwin ke, or whatsoever lah. Lepastu bila dah masuk u, masing-masing liat lah pulok nak balik kampung. huhu.. tapi saya tak.. pantang ada peluang, mesti balik punya. Hehe..

Citer pasal u ni kan, saya terasa bebanan semakin berat untuk saya pikul naik sem ni. Huh, sebenarnya nervous gak ni nak jalani hari-hari mendatang di u nanti. Dengan projeknya, dengan subjek lainnya yg semakin mencabar. Tapi, saya yakin. Allah sentiasa akn menolong hambaNya yang mengharap padaNya. Cuma satu sahaja lah yang sangat2 diharapkan moga masa study saya tidak jadi penghalang untuk saya berdakwah disana. Dan juga melebarkan sayap saya disana, Harap sangat3... MySpace InsyaAllah!! Saya akan pastikan itu tidak akan berlaku!! yeah!! MySpace

Bagi junior2 yang baru masuk, selamat menjalani kehidupan universiti. Kehidupan yang penuh dengan cabaran dan segala pilihan terletak pada diri kita sendiri. Dan bagi rakan2 seangkatanku, selamat menyambungkan (ayat apelah ni) study anda yang dah lama berkepuk tu. hehe.. Almaklumlah, cuti 4 bulan.. InsyaAllah, semua boleh.. chaiyok2!!!! MySpace

rasanya tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri pada semua sahabat blogger dan pengunjung2 sekalian. Maaf zahir dan batin naa.. Jangan lupe pose enam!! Besar ganjaran taw!!!..

“Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” [HR Muslim]


Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Wallahua'lam.. (^_^)V
Baca seterusnya..


Assalamualaikum..

Beruntungnya orang-orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Sabar juga merupakan sebahagian daripada iman. Tapi.. kadang-kadang hati ini memang sukar untuk bersabar kan.. Itulah sifat manusia yang lemah seperti saya. Huhu... Namun, sering ku ingatkan diri ini dan kini ingin ku ingatkan pada kalian semua, carilah semula kekuatan kita semua orang-orang Islam. Kekuatan kita bukan terletaknya pada siapakah kawan kita, atau siapakah ibu dan bapa kita, atau jemaah manakah yang kita ikuti, tapi ia terletak pada Al-Quran dan Al-Hadith, nescaya kita pasti akan menemui kekuatan yang sangat utuh. Itulah warisan tinggalan kekasih Allah kepada ummatnya agar kita semua tidak sesat lagi menyesatkan. Jadi, hari ini saya mencari kekuatan untuk bersabar.. Moga Allah bersamaku dalam pencarian ini. Amien..



"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu dari kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkata Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. [TQS Al-Baqarah(2): 214]

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu besabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demekian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. [TQS Al-Imran (3):186]

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar(39):155]

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar [TQS AL-Baqarah (2):155]

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu... [TQS Al-Imran(3):200]


Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batas [TQS Az-Zumar (39):10]


Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan [TQS Asy-Syura (42):43]

Rasululllah SAW bersabda:



Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika mencintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan ujian kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapat pahala kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan dosa kemarahannya. [Telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid]

Rasulullah ditanya, siapa manusia yang paling berat ujiannya? Rasulullah saw bersabda: para nabi, kemudian orang-orang yang sholih, kemudian generasi setelahnya, dan generasi setelahnya lagi. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila ia kuat dalam agamanya, maka ujian akan semakin bertambah. Apabila agamanya tidak kuat, maka ujian akan diringankan darinya. Tidak henti-henti ujian ujian menimpa seorang hamba hingga ia berjalan di muka bumi ini dengan tidak memiliki kesalahan sedikit pun. [Ahmad telah mengeluarkan dengan jalan Mus'ab Bin Said]

....Sabar adalah cahaya... [HR Muslim]

Barangsiapa yang berusaha untuk bersabar, maka Allah akan menjadikannya mampu bersabar. Tidak ada pemberian yang diberikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran. [Mutafaq'alaih]


Allah berfirman. " Seorang hamba yang Aku ambil kekasihnya dari penghuni dunia kemudian ia bersabar, maka tidak ada balasan apapun baginya kecuali syurga."[HR Bukhari]


Wallahu'alam..
Baca seterusnya..

Tak puasa: Sarawak mahu kenakan denda lebih berat

KUCHING 3 Ogos - Kerajaan negeri bersedia untuk meminda Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada orang Islam yang ditangkap tidak berpuasa berikutan jumlah tangkapan yang meningkat setiap tahun.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kerajaan bersedia untuk mengkaji kemungkinan memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah atau meningkatkan lagi jumlah denda atau tempoh penjara.

"Baru dua hari bulan Ramadan, sudah 25 orang ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Angka ini amat menakutkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Tabung Baitulmal Sarawak bernilai RM51,286 kepada 35 orang penerima di sini hari ini. - Bernama

Sumber : Utusan Online, 03/08/2011


________________________________________________________________________________________

Sebagaimana ramadhan-ramadhan yang lepas, pasti ada sahaja timbul isu-isu sebegini. Malah, ia meningkat setiap tahun. Apakah punca sebenarnya masalah ini??? HUH!! Sungguh sombong manusia ini ya. Masih lagi tidak sedar diri, hidup segalanya pinjaman dari Allah, tapi SyariatNya tak nak di ikuti!! Namun yang pastinya, masalah-masalah furu' (cabang) ini hanya akan dapat diselesaikan apabila akarnya/sumbernya dapat diubati. Seperti pohon yang tumbuh dengan mengeluarkan pucuk-pucuk yang rosak. Mencantas dahan yang rosak itu merupakan satu jalan penyelesaiannya, namun kerosakannya pasti akan berulang kembali, mungkin sahaja akan berjangkit pada dahan-dahan yang lain. Sampai satu tahap, pohon itu akan mati jua dek kerana kerosakan-kerosakan yang berlaku yang tidak boleh diubati lagi. Jadi, adakah dengan mencantas dahan-dahan yang rosak merupakan jalan yang TERBAIK??

Puasa Ramadhan merupakan satu kefardhuan yang telah disyariatkan oleh Allah. Ia merupakan sebahagian daripada rukun Islam yang lima. Bagi yang sengaja meninggalkan puasa, mereka wajib dikenakan hukuman takzir oleh negara. Di kala undang- undang kufur diterapkan pada masa ini, kita dapati ramai yang sengaja mengabaikan syariat Islam. Malah lebih teruk sekiranya yang tidak berpuasa itu dengan senang lenang makan dan minum di khalayak ramai. Bagi pihak seperti Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini, mereka boleh melakukan tangkapan kepada sesiapa yang tidak berpuasa dan makan serta minum di khalayak ramai. Namun begitu, persoalannya adalah, kenapa ia tidak dilaksanakan bagi kesalahan – kesalahan lain seperti tidak menutup aurat, kewujudan premis- premis maksiat yang bebas beroperasi serta konsert- konsert maksiat berskala antarabangsa yang bebas dan banyak dijalankan di Sarawak? Apa yang pasti, semua ini akan bterus berlaku sekiranya undang- undang yang dilaksanakan bukan syariat Islam. Undang- undang yang ada, bukan sahaja tidak melahirkan umat yang bertakwa, malah ia juga memberi ruang kepada pelaku maksiat untuk bermaharajalela. Selain itu, undang- undang yang ada (yang lahir dari sistem demokrasi) hanyalah bertindak untuk menghukum dan bukannya mendidik agar manusia menjadi insan yang bertakwa.

Selain itu, umat yang ada tidak dipupuk dengan kesedaran Islam dan ini menjadikan mereka lebih jauh dari syariat Islam. Malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya mereka sekadar memiliki nama sebagai seorang Islam , tetapi setiap tindak tanduk perbuatan mereka tidak diikat oleh aqidah Islam. Dalam konteks menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mereka ini akhirnya hanya sekadar mendapat rasa lapar dan dahaga.

Betapa banyak orang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga, betapa banyak orang yang menghidupkan malam tidak mendapatkan apa-apa kecuali kantuknya sahaja. [HR Ibn Majah].

Hakikatnya, kenikmatan bulan Ramadan dan Islam hanya akan dapat dikecapi sekiranya Islam diterapkan secara syumul dalam kehidupan. Namun, sekiranya pemimpin yang ada adalah pemimpin yang khianat serta merompak hak rakyat dan tidak menerapkan Islam, bagaimana mungkin kenikmatan ini dapat dikecapi? Janganlah kita hanya sekadar menjadi “Muslim Ramadhan” dan bukannya muslim sejati yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Ayuh, bersama-samalah kita melakukan perubahan untuk mengembalikan Islam dalam kehidupan bernegara dengan penegakan syariat Islam dan Khilafah. Wallahu a’lam.


sumber: mykhilfah.com
Baca seterusnya..



Assalamualaikum..

Allhamdulillah, sempat lagi diri ini berjumpa kembali dengan Ramadhan. Satu bulan yang Allah kurniakan dengan pelbagai barakah di dalamnya. Rinduku pada Ramadhan terubat kembali. Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyiz, bulan ini merupakan satu bulan latihan bagi mereka untuk berjinak-jinak melakukan perintah Allah. Disini para ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mencari idea bagaimana untuk melatih anak-anak ini berpuasa dalam masa sama memberi kesedaran pada anak-anak tentang kewajipan yang satu ini. Selain itu, bagi perokok yang tegar pula, Allah sudah memberi kesempatan untuk anda semua memulakan langkah baru dengan nafas yang baru. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Jadikanlah bulan keberkatan ini satu titik tolak kita untuk berhijrah pada yang lebih baik, insyaAllah. Ingin saya kongsikan bersama pengunjung blog ini, khutbah Rasulullah SAW menjelangnya Ramadhan. InsyaAllah, moga-moga perkongsian ini dapat menaikkan saham saya diakhirat kelak untuk saya lulus SPM disana dan juga moga-moga dapat menaikkan lagi semangat kita untuk beribadah dalam bulam Ramadhan ini.


Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan:

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
[HR Ibnu Khuzaimah]

p/s: Moga ini ramadhan yang terakhir tanpa khilafah!

sumber : mykhilafah.com



Baca seterusnya..

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign