Baca seterusnya..
Dengan tergopoh-gopoh, isteri Al-Qamah menghadap Rasulullah SAW mengabarkan suaminya sakit. Beberapa hari mengalami naza’ tapi tak juga sembuh.
“Aku sangat kasihan kepadanya ya Rasulullah,” ratap perempuan itu.
Mendengar pengaduan wanita itu Nabi SAW merasa hiba. Beliau lalu mengutus sahabat Bilal, Shuhaib dan Ammar untuk menjenguk keadaan Al-Qamah. Keadaan Al-Qamah memang sudah dalam keadaan koma. Sahabat Bilal lalu membacakan tahlil di telinganya, anehnya seakan-akan mulut Al-Qamah rapat terkunci.
Berulang kali dicuba, mulutnya tetap tidak mahu membuka walaupun sedikit. Tiga sahabat itu lalu bergegas pulang dan mengkhabarkannya kepada Rasulullah SAW tentang keadaan Al-Qamah.
“Sudahkah dicuba bertalqin di telinganya?” tanya Nabi.
“Sudah Rasulullah, tetapi mulut itu tetap terbungkam rapat.”
“Biarlah aku sendiri pergi ke sana.” kata Nabi.
Pabila melihat keadaan Al-Qamah, Nabi bertanya kepada isteri Al-Qamah,
“Masihkah kedua orang tuanya?” tanya Nabi.
“Masih ya Rasulullah,” tetapi tinggal ibunya yang sudah tua.” jawab isterinya.
“Di mana dia sekarang?”
“Di rumahnya, tetapi rumahnya jauh dari sini.”
Tanpa banyak bicara , Rasulullah SAW lalu mengajak sahabatnya menemui ibu Al-Qamah mengabarkan anaknya yang sakit parah.
“Biarlah dia rasakan sendiri”, ujar ibu Al-Qamah.
“Tetapi dia sedang dalan keadaan nazak, apakah ibu tidak merasa kasihan kepada anakmu?” tanya Nabi.
“Dia berbuat dosa kepadaku,” jawabnya singkat.
“Ya, tetapi maafkanlah dia. Sudah sewajarnya ibu memaafkan dosa anaknya,” pujuk Nabi.
“Bagaimana aku harus memaafkan dia ya Rasulullah jika Al-Qamah selalu menyakiti hatiku sejak dia memiliki isteri,” kata ibu itu.
“Jika kau tidak mau memaafkannya, Al-Qamah tidak akan bisa mengucap kalimat syahadat, dan dia akan mati kafir,” kata Rasulullah.
“Biarlah dia ke neraka dengan dosanya,” jawab ibu itu.
Merasa pujukannya tidak berhasil meluluhkan hati ibu itu, Rasulullah lalu mencari ikhtiar lain. Rasulullah berkata kepada sahabatnya Bilal.
“Hai Bilal, kumpulkan kayu bakar sebanyak-banyaknya,” perintah Nabi.
“Untuk apa kayu bakar itu Rasulullah,” tanya Bilal kehairanan.
“Akan kugunakan untuk membakar Al-Qamah, daripada dia hidup tersiksa seperti itu, jika dibakar dia akan lebih cepat mati, dan itu lebih baik karena tak lama menanggung sakit”, jawab Rasulullah.
Mendengar perkataan Nabi itu, ibu Al-Qamah jadi tersentak. Hatinya luluh membayangkan jadinya jika anak lelaki di bakar hidup-hidup. Ia menghadap Rasulullah sambil meratap,
“Wahai Rasulullah, jangan kau bakar anakku,” ratapnya.
Legalah kini hati Rasulullah karena bisa meluluhkan hati seorang ibu yang menaruh dendam kepada anak lelakinya. Beliau lalu mendatangi Al-Qamah dan menuntunya membaca talkin. Berbeza dengan sebelumnya, mulut Al-Qamah lantas bergerak membacakan kalimat zikir membaca syahadat seperti yang dituntunkan Nabi.
Jiwanya tenang kerana dosanya telah diampuni ibu kandungnya. Al-Qamah kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan fasih mengucapkan kalimat syahadat. Dia meninggal dalam keadaan khusnul khatimah. Sesungguhnya syurga adalah di bawah telapak kaki ibu.
*****
Sesungguhnya keredhaan Allah letaknya pada redha kedua ibu bapa kita. Bersamalah kita berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah. Terlajak perahu, boleh diundur.. Tapi terlajak kata, menyesal tak sudah. Kadang-kadang manusia sangat leka dengan nikmat yang Allah beri. Kehadiran kedua ibu bapa merupakan satu anugerah dan nikmat yang tak terkira bagi saya. Jadi, hargailah mereka selagi masa masih ada.
Firman Allah dalam surah Al-Luqman:14
"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuany. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada orang tua mu. Hanya kepadaKu kembalimu."
I luv my family and i strongly love ummi and abah.. Thanks Allah for give me both of them... Alhamdulillah.. Please click this and read it if u all love your parenst, especially your father.
Gratisan Musik
Assalamualaikum..
Melalui perasaan takut, ia mungkin melahirkan sifat pengecut dan rendah diri. Jika ia dihasilkan daripada rasa takut terhadap manusia, ia akan mendekatkan diri pada manusia untuk mencari kerelaan mereka, bertujuan untuk mendapatkan kesenangan duniawi yang dimiliki oleh mereka. Sebaliknya, perasaan takut dapat melahirkan keperkasaan dan kemuliaan jika ia dihasilkan melalui rasa takut hanya kepada Allah SWT, dengan mencari redhaNya dan kenikmatan syurgaNya.
Sungguh penting sekali bagi kaum Muslimin yang menginginkan kebangkitan daripada segala bencana dan malapetaka yang mewarnai kehidupan mereka sepanjang hari agar mereka tidak takut kecuali hanya kepada Allah Yang Maha Kuasa atas sekalian hambaNya. Sehingga mereka menjadi orang-orang yang perkasa dalam ibadahnya, serta menjadi orang-orang yang paling mulia ketika hidup dan matinya.
Allah SWT berfirman:
وَإِذَا سَمِعُواْ مَآ أُنزِلَ إِلَى ٱلرَّسُولِ تَرَىٰٓ أَعۡيُنَهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ ٱلۡحَقِّۖ يَقُولُونَ رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱكۡتُبۡنَا مَعَ ٱلشَّـٰهِدِينَ (٨٣) وَمَا لَنَا لَا نُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَا جَآءَنَا مِنَ ٱلۡحَقِّ وَنَطۡمَعُ أَن يُدۡخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلصَّـٰلِحِينَ (٨٤) فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۚ وَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٨٥)
“Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad SAW). Mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, padahal kami sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh?” Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan.” [TMQ Al-Maidah (5): 83-85].
Allah SWT juga berfirman:
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petujuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.“ [TMQ Az-Zumar (39) : 23].
Sebagaimana firman Allah SWT yang lain:
وَٱلَّذِينَ يَصِلُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦۤ أَن يُوصَلَ وَيَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ وَيَخَافُونَ سُوٓءَ ٱلۡحِسَابِ (٢١) وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّہِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٢)
“Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, baik secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).“ [TMQ Ar-Ra’d (13) : 21-22].
Dan begitu juga dengan ayat-ayat yang lain yang sentiasa memuji mereka, iaitu yang di dalam hati mereka begitu besar rasa takutnya kepada Allah SWT. Disebabkan mereka sangat takut tentang murka dan seksaanNya sepanjang masa, mereka berusaha untuk meraih redhaNya dan begitu berharap untuk mendapatkan pahala daripadaNya.
Apabila warna seperti ini telah terbentuk dalam hati manusia, maka ia akan menjadi seseorang di antara mereka yang Allah sebutkan di dalam Al-Qur’an sepertimana firmanNya:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣)
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janji mereka).“ [TMQ Al-Ahzab (3) : 23].
Dan firmanNya:
رِجَالٌ۬ لَّا تُلۡهِيہِمۡ تِجَـٰرَةٌ۬ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِۙ يَخَافُونَ يَوۡمً۬ا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ (٣٧) لِيَجۡزِيَہُمُ ٱللَّهُ أَحۡسَنَ مَا عَمِلُواْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٣٨)
“Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di harinitu) hati-hati dan penglihatan menjadi goncang. (Mereka mengerjakan yang demikian itu) supaya Allah memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan.” [TMQ An-Nur (24) : 37-38].
Dengan demikian, jika tanaman bersih dan baik yang mana benihnya telah ditanam dalam hati seseorang mukmin dan telah berakar, maka ia akan berbuah dan memberikan banyak kebaikan. Berbeza dengan hati yang sakit, ia tidak layak dan tidak sesuai untuk benih yang bersih ini disebabkan tanahnya yang tandus, tidak layak kecuali pada yang keji dan kotor semata-mata.
Oleh kerana itu, hati ini terdapat dua jenis:
Pertama, hati yang baik dan bagus, yang takut kepada Allah baik ketika bersendirian mahupun ketika beramai-ramai. Ia takut akan rosaknya hubungan antara dirinya dengan Allah SWT sehingga ia berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan keredhaanNya, walaupun ia harus dibeli dengan murka daripada orang lain.
Kedua, hati yang sakit dan rosak, tidak takut kepada Allah, secara terang-terangan melakukan kemaksiatan, tidak peduli dengan hubungan yang menghubungkan dirinya dengan Allah, dan tidak menghiraukan hisab (perhitungan) apa pun (termasuk perhitungan di hari akhirat). Ia dilihat mahu meraih kesenangan dan keredhaan daripada orang lain sehingga sanggup mendapatkan kemurkaan daripada Allah ke atas dirinya.

Berdasarkan kedua-dua jenis hati ini, maka kita dapat klasifikasikan manusia melalui pelbagai aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Tindakan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim dan menasihatinya, lalu dia ditangkap dan dibunuh oleh penguasa tersebut. Ini sudah semestinya berbeza dengan tindakan seseorang yang diberi oleh Allah pengetahuan tentang hukum-hukum agama, tetapi ia duduk bersama-sama penguasa zalim serta membuatkan fatwa-fatwa yang menghalalkan pelbagai aktiviti-aktiviti dan kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa tersebut. Manusia seperti inilah yang banyak dapat kita lihat pada zaman sekarang.
Bagi orang yang pertama tadi, ia adalah orang yang menyampaikan Islam. Apabila ia dibunuh oleh seseorang penguasa zalim pada saat ia menyampaikan nasihat (muhasabah) terhadapnya, maka ia merupakan syahid. Sedangkan bagi orang yang kedua, ia adalah orang-orang yang menjadikan serban-serban putih mereka dan kopiah-kopiah mereka sebagai kuasa untuk mengubah kata-kata dari maksud (dalil dan nas) yang sebenar. Dalam erti kata lain, mereka sanggup untuk berbohong atas nama Allah dan memutar belitkan nas-nas dalam memalingkan maksud-maksud isinya, lalu disesuaikan dengan keinginan mereka dalam rangka untuk menyenangkan hawa nafsu penguasa. Inilah yang difirmankan Allah SWT:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنً۬ا قَلِيلاًۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ (١٧٤)
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah daripada Al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api neraka, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan mensucikan mereka, dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.” [TMQ Al-Baqarah (2) : 174].
Dan dalam firmanNya yang lain:
وَإِنَّ مِنۡهُمۡ لَفَرِيقً۬ا يَلۡوُ ۥنَ أَلۡسِنَتَهُم بِٱلۡكِتَـٰبِ لِتَحۡسَبُوهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ (٧٨
“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya ketika membaca Al-Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu adalah sebahagian daripada Al-Kitab, padahal ia bukan daripada Al-Kitab, dan mereka mengatakan: “Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah”, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui.“ [TMQ Ali Imran (3) : 78].
Begitulah juga bagi hati yang buta, yang tidak ada ketakwaan dan rasa takut kepada Allah sama sekali, ia hanya dipenuhi dengan rasa takut kepada para thaghut dan para wali syaitan. Oleh kerana itu, apabila hati telah buta, maka yang diambilkira pertama-tamanya adalah kemurkaan penguasa zalim sehinggakan mereka melupakan kemurkaan daripada Allah. Pahala dan seksaan akhirat dilihat remeh bagi mereka dan mereka sanggup untuk menukarnya dengan kesenangan dunia yang fana dan murah!!

Jadi adalah tidak menghairankan jika wujudnya fatwa-fatwa pelik yang dikeluarkan oleh orang-orang seperti mereka ini. Contohnya fatwa yang membolehkan untuk berdamai dengan negara haram Yahudi, membolehkan untuk meminta bantuan daripada kaum kafir untuk memerangi kaum Muslimin, membolehkan untuk membunuh (bughat atau kaum pemberontak) yang membangkang para penguasa yang melakukan kekufuran secara nyata (kufran bawahan). Membolehkan untuk menumpahkan darah, merampas harta dan kehormatan orang-orang yang ikhlas di antara umat ini, iaitu mereka-mereka yang melakukan amar makruf dan nahi munkar kerana mereka dianggap sebagai “teroris, ekstrimis dan penderhaka kepada penguasa”, dan fatwa-fatwa lain yang dibuat oleh mereka yang telah menjual dirinya kepada para penguasa jahat. Apapun tindakan dan ketetapan yang mereka lakukan, kesemuanya akan berhujung dengan kejahatan dan jenayah syari’e.
Sumber: mykhilafah.com
REMEMBER ALLAH
Entry kali ni saya tak nak bebel banyak-banyak. Just nak kongsi gambar-gambar petang tadi. Keluar sat dengan mek da n mek fia. Alhamdulillah, berkesampaiannya juga saya nak makan pasembur. Huhu.. Lama dah duk penang, tapi baru dapat merasa makan pasembur yang boleh tahan best. Part harga dia paling best uh.. Ape-ape pun korang nilai sendirilah ye. Berbaloi ke tak. Macam ne nak nilai??? mai la pakat p penang ramai-ramai. Singgah kat Padang Kota. Hehe.. Buat promosi sikit ni.
Wait There umi n abah
Malam itu cuaca begitu cerah, terlihat indahnya rembulan yang bersinar temaram di angkasa. Sang angin bersemilir mendesir, hembusannya hingga menembus rongga-rongga dada. Dari kejauhan, terdengar suara adzan berkumandang bersahutan dari corong-corong masjid.
Seorang lelaki dengan baju coklat putih berjalan menuju “rumah Allah” untuk menjalankan sholat berjamaah. Menghadap Ilahi Rabbi dengan sepenuh hati, ia pasrahkan segalanya pada Allah semata. Lelaki itu adalah Irfan.
Usai sholat Isya’, pemuda itu segera pulang ke rumah. Ia masih ingat jika malam ini ada janji untuk datang ke rumah Ikrar. Irfan kemudian meluncur ke lokasi. Tak seberapa lama mencari, ia sudah bisa menemukan rumaht sahabat yang belum lama dikenalnya itu.
Sesampainya di depan halaman rumah, Irfan bertemu dengan seorang mak cik yang memakai tudung berwarna abu-abu. Wanita yang sudah agak tua itu sedang duduk santai di sebuah kerusi rotan di beranda.
"Assalamu'alaikum" Irfan memberikan salam kepada Mak cik tersebut.
"Wa'alaikumsalam", iya ada apa dik?" Tanya mak cik itu.
"Maaf mak cik, saya mahu jumpa dengan encik Ikrar, betul ke di rumah ini ada yang bernama Ikrar?"
"Oh iya ada dik, silakan masuk!, Ikrar ada di bilik paling hujung". Makcik itu menunjuk sebuah bilik.
Akhirnya Irfan pun bertemu dengan Ikrar. Mereka berdua berborak panjang lebar. Teh hangat dan beberapa jenis juadah ringan menemani perbincangan mereka berdua. Rupanya itu sudah disiapkan oleh Ikar untuk menjamu tamu istimewanya itu.
Mereka juga membicarakan tentang perjuangan untuk menegakkan Islam.
"Akh, sebelumnya afwan ya, ada beberapa orang yang mengatakan kalau dakwah antum dan teman-teman antum itu hanya NATO (No Action Talk Only) saja, macam mana tanggapan antum akh?". Tanya Ikrar.
Mendegar pertanyaan sahabatnya itu, Irfan hanya tersenyum lalu mengatakan:
“Kalau mengaggap kami hanya NATO atau hanya bercakap saja, dan tidak melakukan tindakan riil itu juga tidak benar akh!”
Lalu Irfan menjelaskan dengan cukup detail.
"Pertama, wacana itu memang harus dijalankan, ertinya seruan penegakkan syariah dan khilafah itu mesti disuarakan, agar masyarakat menjadi paham bahwa penerapan syariah secara kaffah merupakan tuntutan keimanan mereka, dan hanya dengan kembali mengamalkan syariah Islam secara kaffah lah umat ini bisa menjadi sejahtera dan mulia.
Sedangkan terkait aplikasinya tentu hal itu boleh direalisasikan jika daulah Islam atau khilafah itu tegak, sebab seperti yang kita ketahui bahwa syariah islam itu ada yang pengamalannya secara individu, seperti sholat, zakat dan lainnya, namun juga ada syariah Islam yang pengamalan bersifat struktural. Artinya aplikasinya harus melalui penegakkan daulah Islam. Padahal apa yang disuarakan, seperti sistem ekonomi Islam, politik Islam, sistem hukuman Islam, dan solusi-solusi lain itu juga bersifat stuktural.
Sebagaimana yang lain, ketika ustadz Abu bakar ba'asyir, Habib Rizieq Syihab, ust. Ma'ruf Amin, ust. Arifin Ilham, dan ustadz-ustadz yang lain ketika mereka misalnya menyuarakan bahwa seorang pencuri harus diberi hukuman sesuai dengan hukum Islam, maka beliau-beliau juga belum boleh mempraktekkannya. Sebab, semua itu yang boleh mengaplikasikan adalah sebuah institusi atau daulah Islam.
Dan tuntutan penerapan syariah Islam itu harus disuarakan, bukannya malah disembunyikan.
Allah telah mengingatkan: "Dan janganlah engkau mencampurkan yang haq dengan yang batil, dan janganlah engkau menyembunyikan yang haq itu, sedangkan engkau mengetahuinya". (QS. Al-Baqarah: 42)
"Siapa yang berani mengatakan, ketika utadz-ustadz tersebut sedang berceramah kemudian menerangkan tentang syariah Islam, terus bilang 'jangan hanya berwacana saja ustadz!'.” Senyum Irfan.
"Kemudian jika ada pertanyaan lagi, seperti apa tindakan riilnya? ya dengan berbagai macam bentuknya, boleh dengan amal jamaah maupun amal fardhiyah, boleh berupa penyelenggaraan seminar-seminar, masirah, pembuatan majalah, buletin ataupun tabloid, kontak tokoh, dan masih banyak lagi. Itukan riil.
Karena itu, syariah Islam memang harus dibicarakan. Yang keliru adalah pihak yang tidak berani menyuarakan (mewacanakan) syariah Islam, bahkan cenderung menyembunyikan kebenaran, serta aplikasinya malah mempraktekkan sekulerisme demokrasi!!
Kedua, jika yang dimaksud tindakan riil adalah berupa aktiviti sosial, maka meskipun aktiviti utamanya adalah mengajak masyarakat untuk kembali melanjutkan kehidupan Islam (isti’naf al-hayah al-Islamiyyah), namun juga bukan berarti meninggalkan hal itu, dan itu biasanya dilakukan dengan qodho' mashalih umat, seperti membuka posko bencana dan lain-lain. Dan memang terkadang aktivitas-aktivitas sosial yang dilakukan teman-teman bukan atas nama jamaah, melainkan atas nama pribadi saja.” Irfan kembali tersenyum pada sahabatnya itu. Meskipun baru kenal belum begitu lama, namun mereka sudah tampak sangat akrab.
Ikrar mengangguk-angguk
Keterangan:
Tokoh utama yang dahulu bernama Kimin (Sukimin Winangun) diganti dengan nama Irfan (Irfan Maulana)
Nota kaki: Artikel sebenar dalam bahasa indonesia, tapi saya dah mengedit serba sedikit dalam bahasa Malaysia setakat yang saya tahu sahaja. Sekian, terima kasih...
Alhamdulillah.. gerak jugak jari jemari ni nak menaip atas key board... Tebal sungguh penyakit M dalam diri saya. huuu... Sebenarnya banyak idea nak disampaikan, tapi tak tahu nak mula dari mana. Nak cerita sikit jek nih. Ada satu blog yang bahasanya agak keterlaluan bagi saya. Eh2.. bukan agak..tapi terlalu keterlaluan kot.. Kalau orang-orang sekarang akan cakap, biasa lah.. Bahasa anak-anak muda. Perkataan biasalah tu yang jadi masalah ummat Islam sekarang. Wanita-wanita Islam pakai pakaian yang tak menutup aurat, diaorang akan cakap " Biasalah tu.. Trend remaja sekarang.." Sampaikan yang langgar hukum syara' pun cakap biasa.. Haish.. Ni dah kes luar biasa ni.
Benda yang nak saya cerita kat sini, bukan pasal bahasa blogger tu, tapi pasal salah satu entry dia. Tajuknya "Jom Belajar Naik Komuter Dengan ...." Dot..dot..dot.. tu kiranya nama dia lah. Malas nak cakap kat sini. Siapa yang ada baca blog tu pandai-pandailah tafsir sendiri. Tapi dalam entry dia tu dia bagi tips2 untuk para blogger. Ada certain tu saya setuju, tapi ada certain tu saya tak berapa setuju. Tapi, yelah.. Tu kan pendapat dia. Tak salah bagi pendapat kan. Suka hatilah nak ikut atau tak, asalkan tak langgar dek syara'.. ye dak?? Antaranya, jangan letak lagu dalam blog, sebab tak semua pengunjung suka dengar lagu yang kita suka kan...
Ops.. lupa pulak nak cakap.... komuter yang budak tu maksudkan blog lah.
Ok, sambung balik yang tadi. Kadang-kadang buat pengunjung fade up and bingit jek telinga bila baca blog tu. Erk.. Yeker??? Tapi, entahlah saya still nak letak jugak lagu dalam blog.. Sebab best!!
Wassalam...
FOR MY FRIENDS

Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

NUR QOLBI
