Views

Assalamualaikum.. 

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat semua. Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menggerak kan jejari ni untuk menulis entri yang terbaru walaupun banyak kekangan dari segi laptopnya dan masa. Kali ni saya nak utarakan sikit pandangan saya mengenai isu yang digembar gemburkan di arena politik kini. Isu HUKUMAN HUDUD. Kenapa dengan isu ni??. JOm sama-sama kita baca paper BH hari ni.

GERAKAN tolak pelaksanaan Hudud
2011/09/23

KUALA LUMPUR: GERAKAN akan menentang sebarang usaha untuk melaksanakan Hudud atau undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan, kata timbalan presidennya, Datuk Chang Ko Youn.

"Kita adalah sebuah negara dengan majoritinya orang Islam tetapi dengan penduduk bukan Islam minoriti yang penting. Struktur asas perlembagaan kita memelihara kepelbagaian ini dan sebab itu kenapa undang-undang punitif adalah sekular dan terpakai kepada semua orang.
"Kita tidak boleh mempunyai satu undang-undang yang berbeza bagi setiap seksyen masyarakat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Dilaporkan, anggota pakatan pembangkang bertelagah berhubung pelaksanaan hukum Hudud.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bahawa hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini sehingga keadaan negara amat kondusif bagi memastikan kemananan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dulu. - BERNAMA 

sumber: BH online 

 Ulasan saya adalah:

1) Hudud atau undang-undang teokratik  bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan    perlembagaan
Ya. Memang hukuman hudud bertentangan dengan perlembagaan Malaysia SEBAB hukuman hudud datangnya dari Allah. Hukuman hudud adalah syari'at Allah yang wajib bagi seluruh ummat MANUSIA untuk laksanakan. Tapi, perlembagaan Malaysia bukan datangnya dari wahyu Allah, tapi dari pemikiran-pemikiran Lord Reid dan sekutu-sekutunya. Lord Reid bukan seorang yang muslim apatah lagi seorang mukmin, tapi dia adalah orang kafir dan musuh Allah. Persoalannya, wajarkah kita katakan hukuman hudud  bersesuaian dengan perlembagaan/sistem yang ada sekarang ini??

2)Struktur asas perlembagaan kita memelihara kepelbagaian ini dan sebab itu kenapa undang-undang punitif adalah sekular dan terpakai kepada semua orang
Ini merupakan satu pengakuan dari penganut-penganut sekular. Sistem yang ada sekarang memang sekuler!! Silapnya kenyataan ini ialah undang-undang ini bukan terpakai kepada semua orang tetapi hanya terpakai bagi mereka yang berani menentang Allah dan berani mensyirikkan Allah kerana beriman dengan selain hukum Allah (hukum taghut) adalah syirik!! Berlainan dengan struktur asas undang-undang dalam Daulah Khilafah adalah berasaskan aqidah bukannya memelihara kepelbagaian masyarakat majmuk. Apabila undang-undang Islam dijalankan secara syumul, segalanya berjalan dengan lancar termasuklah perpaduan antara masyarakat majmuk akan terpelihara. Sejarah Rasulullah dah membuktikan malah kemaslahatan orang non-muslim pun terjamin dalam sistem Daulah Khilafah.

3)Kita tidak boleh mempunyai satu undang-undang yang berbeza bagi setiap seksyen masyarakat
Tepat sekali!! Undang-undang masyarakat mestilah sama. Tidak boleh dibeza-bezakan. Tapi, undang-undang itu, bukanlah undang-undang SEKULAR seperti yang ada kini!! Undang-undang itu adalah undang-undang Islam kaffah!! Dalam sistem Daulah Khilafah, umat mempunyai satu pemikiran, satu peraturan dan satu perasaan serta satu pemimpin.

4) Hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini sehingga keadaan negara amat kondusif bagi memastikan kemananan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dulu
Hukum Allah bukanlah hukum yang berubah mengikut peredaran masa. Hukum Allah tidak boleh dijadikan objek yang mengikut hala tuju peredaran masa. Hakikatnya hukum Allah adalah hukum yang kekal sepanjang zaman. Malah sepatutnya masa dan keadaan yang perlu mengikut dan disesuaikan dengan hukum Allah.

KHATIMAH
Hakikatnya, hukum Allah tidak akan pernah berjaya dijalankan jika sistem pemerintahan ini masih lagi bertuhankan sistem taghut.Ketidak adilan akan nampak jelas jika hukum-hukum Allah dicampur adukkan dengan hukum-hukum sekular. Kemudian Islam akan dicop sebagai agama yang tidak adil.  Malah perkara itu dilarang secara keras oleh Allah. 

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan. dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, Sungguh ia musuh yang nyata bagimu." [QS Al-Baqarah:208]

Punca permasalahan ini datangnya dari akar pemerintahan. Sudah tiba masanya kita semua sedar akan hal ini.Sedar akan pentingnya seorang khalifah bagi kita ummat Islam  untuk menjalankan hukum-hukum Allah kerana seorang Khalifah itu merupakan pemimpin dan perisai bagi kita semua. Jalankan hukum Allah itu bukan secara berperingkat (tadarruj), tetapi secara revolusi (keseluruhan) dari sekecil-kecil perkara  hinggalah ke sebesar-besar perkara.   Mendirikan daulah dan berusaha  ke arah itu merupakan satu kewajipan bagi kita sebagaimana wajibnya kita mendirikan solat. Malah dosa meninggalkan kewajipan ini sama sahaja sebagaimana dosa kita meninggalkan kewajipan-kewajipan yang lain.

Firman Allah SWT lagi:
"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang menyakini (agamanya)?" [QS al-Mai'dah : 50]

Try to ask ourself with this question:
That Islam demands the establishment of  an Islamic goverment (KHILAFAH) and if you don't agree what kind of muslim are you?? Seriously KHILAFAH is only the matter of  time!!!

Wallahu'alam..

0 comments:

Post a Comment

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign